1 billion muat turun MLBB, Moonton telah mengumumkan bahawa peninju terkenal Manny Pacquaio dipilih menjadi duta permainan tersebut."> 1 billion muat turun MLBB, Moonton telah mengumumkan bahawa peninju terkenal Manny Pacquaio dipilih menjadi duta permainan tersebut." /> 1 billion muat turun MLBB, Moonton telah mengumumkan bahawa peninju terkenal Manny Pacquaio dipilih menjadi duta permainan tersebut." />

Moonton pilih Manny Pacquiao sebagai duta Mobile Legends Filipina

Permainan mudah alih Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) kini telah menjadi satu fenomena besar di seluruh dunia termasuklah di Filipina. Bersempena sambutan mencecah 1 billion muat turun MLBB, Moonton telah mengumumkan bahawa peninju terkenal Manny Pacquaio dipilih menjadi duta permainan tersebut.

Atlit kebanggaan warga Filipina ini juga menjadi inspirasi untuk sebuah hero baharu yang bernama Paquito. Sama seperti dirinya, Paquito juga merupakan seorang peninju dan kemahiran-kemahirannya banyak menggunakan pergerakan seorang peninju.

“Kepada semua pemain di luar sana yang mahu menceburi e-sukan atau sekadar ingin menjadi pemain yang terbaik, anda perlu sentiasa fokus, sentiasa berusaha, dan jangan putus asa kerana semua orang boleh menjadi lagenda seperti saya,” kata Manny.

Salah satu sebab mengapa Manny bersetuju untuk menjadi duta MLBB ialah kerana anaknya Jimuel merupakan peminat permainan tersebut. Beliau menganggap keputusan ini sebagai salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan minat anaknya.

Manny sering digelar sebagai salah satu peninju terhebat di dunia. Selain daripada menjadi seorang peninju, beliau juga berkecimpung dalam dunia politik dan kini bertugas sebagai seorang senator di Filipina.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+