MobaZane tak puas hati menang lawan Sibol sebab ketiadaan V33Wise

Perlawanan akhir Piala Realme Mobile Legends (RMC) musim ke-6 menyaksikan pasukan BTK menentang pasukan skuad sibol pingat emas Filipina.

Pasukan BTK membawa masuk pemain baru iaitu Kier “Ichiji” Sambajon. Ichiji menggantikan Victor dan kemahiran mekanikal yang ditunjukkan olehnya sangat menakjubkan.

Ichiji berjaya membawa kemenangan untuk pasukan BTK selepas dia menggunakan teknik split push yang tidak disedari oleh pasukan Blacklist International. 

Mereka menang dengan skor 3-2, satu perkara yang membuatkan peminat terkejut. Mereka tidak menyangka pasukan BTK mampu untuk menjadi juara menentang skuad sibol Blacklist International.

Namun begitu, Mobazane tidak berpuas hati dengan kemenangan itu oleh kerana skuad sibol kali ini tidak diwakili oleh duo terhebat iaitu OhMyV33nus dan Wise. “Ia akan lebih menarik jika mereka ada Wise dan V33nus,” ujarnya.

Terdahulu, pasukan BTK pernah menewaskan Blacklist International di Kejohanan Dunia M3. Namun begitu, mereka gagal selepas bertemu dengan pasukan itu buat kali kedua.

Sumber: AFK Gaming, MLBB Daily Clips

RELATED NEWS

+