Mobile Legends mencatatkan 1 bilion muat turun

Dalam satu video baru yang mengisahkan kejayaan Moonton dalam Mobile Legends: Bang Bang dibangunkan oleh mereka, permainan mudah alih tersebut kini mencatatkan rekod 1 Bilion muat turun.

Dalam video tersebut juga dinyatakan terdapat 9.77 bilion perlawanan dimainkan, 9.8 juta pemain Mythic, lebih 400 skins boleh dipilih dan 100 hero dihasilkan.

Bagi meraikan kejayaan ini, Moonton akan menganugerahkan hero baru, Benedetta secara percuma apabila anda log masuk pada 7 dan 8 November ini.

Ini adalah satu pencapaian yang besar untuk MLBB memandangkan mereka mengambil masa empat tahun untuk kejayaan ini.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+