Pemain Team Caracal kini terbuka untuk ‘open transfer’

Team Caracal mengejutkan ramai pihak semalam selepas membuat pengumuman di akaun Instagram mereka untuk ‘open transfer’ kesemua pemain.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Karaku Caracal (@team_caracal)

Berdasarkan hantaran itu, mereka sudah berbincang bersama para pemain dan pihak pengurusan untuk melepaskan pemain.

Mereka mengambil pendekatan itu kerana ingin memberikan peluang kepada pemain untuk bermain di pasukan lain.

Walau bagaimanapun, Team Caracal masih akan bermain di MPL musim hadapan jika tiada sebarang masalah, dan sekiranya para pemain berubah fikiran, mereka masih akan menerima mereka.

Team Caracal memulakan langkah mereka di MPL MY musim ke-9 melalui pusingan kelayakan dan berjaya melayakkan diri ke peringkat musim liga.

Meskipun perjalanan mereka di musim liga sedikit sukar, tetapi mereka bejaya untuk comeback di pusingan playoff sekaligus mendapat tempat keempat.

Adakah para pemain Team Caracal akan berhijrah ke pasukan yang lain ataupun mereka akan kekal bersama sebagai satu pasukan? Sama-sama kita nantikan.

RELATED NEWS

+