Predator League 2019: Boom ID Gagalkan Cita-Cita Lotac Ke Loser Bracket Final

Kehangatan bermain Dota 2 bukan saja terasa di kejohanan Minor atau Major tapi juga untuk acara besar macam APAC Predator League 2019 yang berlangsung sejak Jumaat di Bangkok, Thailand.

Dalam perlawanan sengit best of three antara wakil Malaysia, Lotac dan juga Boom ID dari Indonesia, terasa debarannya kerana naib juara tahun lalu itu bermain dengan baik, memaksa Lotac perlu ke perlawanan ketiga.

Kalau korang usha balik perlawanan pertama, PL yang dipilih Lotac terbukti mendominasi kerana ilusinya yang mengelirukan pihak lawan dan seperti tiada hero dari Boom ID yang betul-betul boleh counter illusion push ini. Korang boleh saksikan perlawanan penuh di bawah yang mana pengulas Bahasa Melayu, Onthego membuat livestreaming di page Facebook miliknya

Bagi game kedua pula, ia sangat sengit dan bagi penulis, ia adalah perlawanan paling seronok disaksikan dari seluruh perlawanan berlangsung sejak semalam. Dalam game selama 60 minit, Lotac mencuba sehabis baik untuk pertahankan World Tree tapi gagal. Malah, pada minit akhir, boots of travel dibeli oleh Boom ID membuahkan hasil selepas buyback. Tapi pelik juga tiada hero yang membeli disarm untuk ganggu Naix sepanjang perlawanan ini.

Mereka juga kelihatan struggle berdepan Naix dan juga Kunkka yang berjaya mendaratkan kapal on point setiap kali clash. Saksikan perlawanan epik ini dalam video di bawah:

Boom ID terus bangkit dengan lineup agak greedy dengan Phantom Assassin dan Monkey King serta Puck. Tapi ia membuahkan hasil kerana Keeper of the Light yang dianggap #throwgame sebenarnya membantu. Malah, PA juga berjaya rekodkan RAMPAGE pada minit ke 21.

PA pula senang saja kejar dan mengenakan critical beberapa kali. Kematian demi kematian menyebabkan Lotac gagal untuk mencari farm yang baik dan terpaksa berhabis duit untuk buyback sementara Boom ID masih mengejar kills. Saksikan video perlawanan ketiga di bawah:

Edisi Predator League APAC 2019 ini bukan saja mengumpulkan lebih banyak negara serata Asia tapi juga menawarkan wang tunai terkumpul lebih tinggi sebanyak USD250,000 (kira-kira RM1 juta)!

Bagi edisi kali ini yang diadakan di Bangkok, Thailand, ia mengumpulkan seramai 26 pasukan untuk Dota 2 dan PUBG.

Selain kedua e-sukan ini yang akan dipertandingkan di dalam stadium, juga ada konsert mini dari BNK48. Bagi korang yang berada di Bangkok, bolehlah mari ke Nimibutr Sport Building yang juga Stadium Nasional Bangkok bermula semalam hingga Ahad ini. Terdapat juga food truck dan cosplayer yang memeriahkan acara ini. 

Info lanjut boleh didapati di laman web Predator League dan livestreaming di Facebook Predator Gaming.

RELATED NEWS

+