Razer Lancarkan Viper Mini, Tetikus Gaming Berharga RM199

Razer semalam melancarkan tetikus gaming terbaru iaitu Viper Mini, produk paling ringan dalam kategori tersebut dengan berat hanya 61g.

 

Ia meminjam teknologi yang terdapat pada Razer Viper asal tapi kali ini dalam bentuk lebih kompak untuk mereka yang mempunyai saiz tangan lebih kecil.

Viper Mini turut mempunyai enam butang yang boleh diprogramkan dan Razer Optical Mouse Switches. Tetikus ini mempunyai 8,500 DPI sensor dengan 300 IPS tracking

Produk ini sesuai untuk gamers yang menginginkan tetikus yang sangat ringan, bentuk kompak tanpa mengorbankan prestasi atau ciri-ciri.

Ia sudah mula dilancarkan semalam dan boleh didapatkan dengan harga RM199 di laman web Razer.com atau mana-mana premis jualan Razer di Singapura. 

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+