RED Esports umumkan pengambilan terbuka MLBB

Pasukan RED Esports adalah salah satu nama yang tidak asing lagi di dalam Liga Profesional Mobile Legends (MPL). Mereka juga adalah salah satu pasukan veteran yang bertapak di arena kompetitif Mobile Legends.

Sebelum ini, mereka gagal layak ke peringkat playoff MPL MY musim kelapan ketika bersaing dengan Team Bosskurr untuk slot terakhir. Mereka mengeluarkan permohonan maaf selepas kegagalan itu dan menghentikan sebarang bentuk aktiviti umum.

Kini RED Esports mengumumkan pengambilan terbuka sebagai pemain profesional Mobile Legends. Mereka ingin mencari bakat-bakat baru yang mempunyai kemahiran dan pengalaman yang diperlukan untuk membentuk sebuah pasukan yang profesional.

Syarat-syarat yang diperlukan adalah seorang individu atau pasukan yang mempunyai barisan pemain yang sedia ada. Selain itu, pasukan itu harus bebas dari segala kontrak dan tidak ditaja oleh mana-mana pihak. Akhir sekali, mereka perlulah berusia 17 tahun dan ke atas sahaja.

Kelebihan elaun bulanan dan juga gaming house disediakan. Adakah anda mempunyai kualiti dan kekuatan seperti yang diperlukan RED Esports? Inilah peluang anda, jangan lepaskan peluang ini.

Foto: Red Esports

RELATED NEWS

+