Selangor FC kelab bola sepak pertama di dunia tubuh pasukan MLBB – Yoodo Red Giants

Kelab Bola Sepak Selangor hari ini melakar sejarah apabila menjadi pasukan bola sepak pertama di dunia yang mempunyai pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) sendiri.

Pasukan ini akan bertanding di Mobile Legends Profesional League (MPL).

Pengumuman ini dibuat di Pusat Latihan Selangor FC, Shah Alam dan disaksikan oleh Pengerusi Selangor FC, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Exco Sukan Negeri Selangor, YB Tuan Mohd Khairuddin bin Othman, Pengarah Esekutif Majlis Sukan Negeri Selangor, Tuan Mohamad Nizam bin Marjugi, Ketua Pegawai Operasi Selangor FC, Aladdin Mostafa, Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun, Ketua Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan MPL Malaysia, Fikri Rizal Mahruddin, serta Pengarah Urusan Protech, Datuk Ronnie Chong.

Pasukan MLBB ini bakal berentap tidak lama lagi di MPL Malaysia awal Februari ini.

Yoodo Red Giants

‘Yoodo Red Giants’ adalah nama bagi skuad MLBB SFC dan diwakili oleh Muhammad ‘Esha Ohana’ Yaacob , Mohd ‘Kaizer’ Hakim, Syed ‘Syf’ Naufal Fitri, Ilman ‘Gojes’ Zarif Muhammad ‘Zakqt’ Amir Zakwan dan Muhammad ‘Sekys’ Haqqulah.

Pasukan ini juga bakal dikendalikan oleh Mohd ‘Rush’ Erwin sebagai pengurus pasukan.

Skuad ini tahun lepas telah berjaya melayakkan diri ke MPL Malaysia S11 dan pernah menjadi juara untuk beberapa kejohanan besar seperti ESportsMY Championship, Malaysia Semi Pro League, Hari Sukan Belia Negara, GMX Cup, Nescafe SMG Cup, Piala Ketua Menteri Melaka dan Iskandar Puteri Tournament.

“Kami amat berbangga untuk bekerjasama dengan Selangor FC untuk pasukan baharu, Yoodo Red Giants. Sejak ditubuhkan, Yoodo sentiasa menyokon arena e-sukan tempatan dan ini merupakan satu lagi bukti sokongan berterusan.” Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo.

RELATED NEWS

+