Siri Outlast Kini Terjual Lebih Dari 15 Juta Unit!

Outlast kini mencatatkan angka jualan sebanyak 15 juta unit! menunjukkan game horror bukan niche dan sangat digemari ramai.

Berita baik ini dilaporkan oleh GamesIndustry yang menunjukkan bagaimana developer dari Kanada, Red Barrels memainkan peranan dalam membentuk era baru bagi permainan seram.

Mengikut artikel itu, Red Barrels hanya menggunakan bajet sebanyak USD$1.4 juta (sebenarnya sangat sedikit untuk game development). Dari jumlah itu, francais Outlast berjaya memberi keuntungan sebanyak USD$64 juta dari hasil jualan.

Angka itu dikatakan sangat popular bagi IP terbaru untuk studio indie. Ini kerana sebelum Outlast dilancarkan, Red Barrels tidak memperoleh keuntungan minima dan kejayaan Outlast yang dilancarkan sejak 2013 berjaya melonjakkan nama mereka.

Bagi sesiapa yang tak tahu, Outlast adalah permainan first-person survival dengan elemen psikologi seram yang dilancarkan di PC sejak 4 September 2013. 

Red Barrels kini sedang membangunkan game lain yang menggunakan jenama Outlast tapi bukannya Outlast 3. Menurut mereka, ia akan lari sedikit dari gameplay asal untuk kedua siri dan mungkin memfokuskan teknik permainan belum pernah disaksikan sebelum ini.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+