Hero Mobile Legends sekarang boleh cakap Bahasa Indonesia?

Mobile Legends: Bang Bang menggunakan beberapa jenis alih suara bagi hero-hero dalam permainan seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun.

Kali ini, warga Indonesia bakal bersorak gembira kerana Bahasa Indonesia akan dijadikan sebagai inisiatif alih suara yang baharu dalam MLBB bermula 13 April ini.

Seperti yang ditunjukkan dalam video di atas, proses alih suara ini dilakukan dengan profesional dan lancar. Setiap hero kedengaran unik dengan personaliti dan latar belakang mereka, sesuai dengan pengalihan suara yang dibuat.

Ini bukanlah satu langkah yang mengejutkan kerana Indonesia merupakan pasaran terbesar bagi Mobile Legends: Bang Bang dari segi penonton, jumlah pemain aktif dan juga komuniti. Mobile Legends ibarat satu sukan yang sangat besar di negara tersebut.

Inisiatif ini juga membuka mata kepada lebih ramai negara luar untuk memahami penggunaan Bahasa Indonesia di nusantara.

Melihat kepada trend ini, tidak mustahil jika Malaysia suatu hari nanti bakal menerima alih suara yang sama.

RELATED NEWS

+