melaporkan Moonton akan menjemput tujuh pasukan Mobile Legends: Bang Bang ke Liga Profesional (MPL Malaysia/Singapura) Musim Kelima."> melaporkan Moonton akan menjemput tujuh pasukan Mobile Legends: Bang Bang ke Liga Profesional (MPL Malaysia/Singapura) Musim Kelima." /> melaporkan Moonton akan menjemput tujuh pasukan Mobile Legends: Bang Bang ke Liga Profesional (MPL Malaysia/Singapura) Musim Kelima." />

Mobile Legends: [KEMASKINI] MPL – Hanya 5 Pasukan Dijemput Terus

Sebelum ini, penulis melaporkan Moonton akan menjemput tujuh pasukan Mobile Legends: Bang Bang ke Liga Profesional (MPL Malaysia/Singapura) Musim Kelima.

Tapi mengikut peraturan, setiap pasukan perlu mengekalkan 50% ataupun 3 ahli asal daripada musim lepas dan akhirnya lima skuad saja yang memenuhi kriteria ini. Mereka adalah:

Todak – Moon, Ciku, Eone, Xray, Nenas dan Lychee 

Team Bosskurr: Rush, 2ez4jepv, Leixia, Zaraki, Syno dan Logan

Axis Esports: Loong, Meepo, Rynn, Evilx, KaizerX dan Lacid

Geek Fam: Xorn, Dominus, Rumpel, Ozoraveki, Artz dan Feekz

EVOS SG (satu-satunya pasukan Singapura dijemput terus) tidak mendedahkan lagi roster rasmi mereka buat sementara ini.

Resurgence tidak boleh dijemput kerana rombakan pada roster yang mempunyai perubahan lebih dari tiga pemain manakala Notorious Villains pula dibubarkan.

Bagi pusingan kelayakan, ia akan bermula pada 7 hingga 9 Februari (Malaysia) diikuti dengan 15 dan 16 Februari untuk warga Singapura. Hanya dua pasukan Malaysia dan satu pasukan Singapura akan layak ke musim liga. 

Tapi selepas menyaksikan kurangnya dua pasukan jemputan terus (asalnya tujuh), berkemungkinan penganjur akan menambahkan bilangan pasukan yang layak dari pusingan kelayakan.

Seperti musim lalu, liga akan berlangsung selama enam minggu pada Sabtu dan Ahad – pasukan dipilih ke playoffs mengikut ranking yang mana hanya lapan teratas akan dipilih untuk bertanding pada 18 dan 19 April ini.

Kejohanan ini mengumpulkan hadiah terkumpul RM410,000.

Nantikan link pendaftaran di Facebook rasmi Mobile Legends: Bang Bang.

RELATED NEWS

+