"> " /> " />

Mobile Legends: MPL Musim Kelima – 7 Pasukan Akan Dijemput Terus

Nampaknya, sebanyak tujuh pasukan Mobile Legends: Bang Bang akan dijemput terus ke Liga Profesional (MPL) Malaysia & Singapura Musim Kelima yang juga membuka pendaftaran untuk pusingan kelayakannya pada 20 Januari ini.

KEMASKINI: 5 pasukan menerima jemputan terus

Jumlah itu meningkat dari enam slot pada musim lepas tapi prizepool masih kekal iaitu RM410,000.

Laporan dari eGG Network mendedahkan empat pasukan Malaysia dan tiga pasukan Singapura diumumkan menyertai secara terus:

Malaysia: Todak (nombor dua musim lalu), Axis Esports, Geek Fam dan Shopee Bosskurr dijemput bertanding tanpa kelayakan.

Singapura: EVOS Esports SG, Resurgence dan Notorious Villains.

Mengikut format, mereka perlu mengekalkan tiga dari enam pemain dari musim lalu bagi melayakkan diri untuk slot jemputan terus ini. Tapi kali ini, ada pasukan yang dirombak ataupun dibubarkan jadi kita pastinya menyaksikan perubahan bagi slot-slot ini.

Bagi pusingan kelayakan, ia akan bermula pada 7 hingga 9 Februari (Malaysia) diikuti dengan 15 dan 16 Februari untuk warga Singapura. Hanya dua pasukan Malaysia dan satu pasukan Singapura akan layak ke musim liga. 

Seperti musim lalu, liga akan berlangsung selama enam minggu pada Sabtu dan Ahad – pasukan dipilih ke playoffs mengikut ranking yang mana hanya lapan teratas akan dipilih untuk bertanding pada 18 dan 19 April ini.

Nantikan link pendaftaran di Facebook rasmi Mobile Legends: Bang Bang.

(Sumber: eGG Network)

RELATED NEWS

+