35 Jam Nak Habiskan God of War – Kenapa Lama Sangat?

Sebut saja God of War, siapa tak kenal francais popular ni? Tapi kalau penulis tanya satu soalan, mesti ramai tak boleh jawab kan? Berapa lama masa nak habiskan game ni? Haa mesti ada yang terfikir dan termenung dah tu.

Penulis percaya ada antara korang yang risau dengan upcoming God of War yang mungkin lebih pendek daripada biasa disebabkan jalan ceritanya. Tapi tak perlu lah pening kepala lagi sebab di acara PlayStation Experience baru-baru ini, Pengarah Kreatif game itu, Cory Barlog mengatakan korang boleh tetak dan berperang dengan makhluk-makhluk mitos itu selama 25 jam hingga 35 jam. 

God of War akan datang ni bukanlah open world tapi ada banyak kawasan sampingan untuk dijelajahi. Jadi sementara Kratos dan anaknya meneroka, waktu kembara tu mungkin turut dikira sebagai full session gameplay.

Sudah tentu kalau kenyataan ini benar, God of War baru ini tawarkan gameplay yang paling lama dalam francais. Perhatikan comparison dari laman web HowLongtoBeat untuk completion times bagi setiap keluaran God of War sebelumnya.

God of War (2005) – 9 jam

God of War 2 – 12 jam

God of War 3 – 10 jam

God of War: Chains of Olympus – 5 jam 30 minit

God of War: Ascension – 8 jam 30 minit

God of War: Ghost of Sparta – 6 jam 30 minit

Ini dia gameplay yang tampilkan kawasan sampingan untuk dijelajahi. Check it out!

Apa pun, korang perlu tunggu game itu keluar tahun depan dan pengumuman daripada Santa Monica Studio dalam masa terdekat.

RELATED NEWS

+