Raikan ulangtahun ke-4 Free Fire dengan pelancaran “Reunion”

Bagi ulangtahun Free Fire keempat ini, mereka menjemput anda untuk meraikannya dengan pelancaran lagu tema terbaru mereka, Reunion. 

Reunion menampilkan empat DJ terkenal iaitu Alok dan KHSMR yang kembali untuk menghasilkan lagu tema ini bersama DJ Dmitri Vegas & Like Mike. Reunion kini boleh dimainkan di Spotify dan saksikan muzik video di saluran YouTube.

Selain itu, Free Fire juga menjemput para pemain dari seluruh dunia untuk meraikan sambutan ulangtahun mereka yang keempat atau Free Fire 4nniversary, bermula 20 Ogos hingga 6 September ini dan acara kemuncak yang akan berlangsung pada 28 Ogos ini.

Sempena sambutan ini, Training Ground Free Fire kini dihiasi dengan pelbagai kandungan istimewa termasuk satu pentas khas yang bertemakan parti muzik sambil pemain dapat menikmati pelbagai permainan mini sehingga 6 September 2021. 

Jangan lepaskan peluang untuk sertai misi dalam permainan bermula 20 Ogos hingga 5 September ini. Terima jemputan daripada barisan DJ dan terima ganjaran, hadiah ulangtahun yang menarik dan misi harian, Memory Jigsaw, Fragment Royale, Memory Album dan ambil bahagian dalam aktiviti sempena Hari Merdeka! 

Sempena ulangtahun mereka juga, mereka akan memperkenalkan mod baru iaitu The Clash Squad Cup pada 28-29 Ogos 2021, terima serpihan Magic Cube sebahagian cabaran sambutan Hari Kemerdekaan, emote istimewa sempena ulangtahun ke-4 – Crazy Guitar dan daftar masuk pada 28 Ogos untuk menerima karakter Like Mike iaitu Thiva secara percuma!

Malah, bagi pemain Malaysia, terdapat juga ganjaran khas sempena Hari Merdeka iaitu beg Trash Metallic dengan kesan istimewa!

Ayuh, tanda pada kalendar anda dan jemput rakan-rakan anda untuk sertai bersama anda meraikan ulangtahun Free Fire ini. 

RELATED NEWS

+