5 shoutcasting paling ikonik dalam e-sukan, No.5 tu paling power!

Permainan yang hebat tidak semestinya menjadi satu-satunya punca permainan itu hebat.

Pengulas (shoutcaster) juga memainkan peranan penting untuk memberikan penonton hype dan memberitahu situasi sesuatu permainan itu.

1. “No one has ever done that. No one has EVER DONE that in the history of Dota.”

Perlawanan ini terjadi di antara No Tidehunter (Kini Alliance) semasa berlawan dengan Evil Geniuses di Dreamhack Winter 2012.

Pasukan No Tidehunter berjaya meletakkan umpan untuk EG dan akhirnya EG termakan umpan lalu diserang dari belakang oleh No Tidehunter.

Tobi yang menjadi pengulas semasa ini mengulas ayat yang ikonik dalam dunia Dota 2.

“Tiada siapa pernah buat, tiada siapa pernah buat benda ini dalam sejarah Dota,” dari TobiWan.

2. WOMBO COMBO!

Diulas oleh Phil, HomeMadeWaffles, dan Mango perlawanan ini menjadi salah satu klip e-sukan paling ramai tengok dalam sejarah e-sukan.

Wombo Combo yang muncul ketika perlawanan diantara SS/Tang(Green) dan Zhu/Lucky(Blue) menunjukkan kombo yang begitu hebat membuat pengulas duduk tidak senang.

Ia ditambah dengan jeritan dari pengulas mewujudkan satu meme dan frasa baru yang digunakan untuk ribuan klip akan datang.

3. “What was that?”

Berkemungkinan klip ini menunjukkan permainan terbaik dalam dunia di antara Zed berlawan Zed.

Diulas oleh MonteCristo dan DOA ulasan yang penuh bersemangat dilakukan ketika Faker berlawan Ryu di mid lane.

Nyata ramai peminat menyorak ketika perlawanan ini berlaku.

“What was that?” atau “Apakah itu?” menjadi antara ayat diingati dalam dunia e-sukan League of Legends.

4. “S1mple, ARE YOU SERIOUS?! THIS IS NOT THE FPL, THIS IS A MAJOR!

Nyata menjadi antara permainan S1mple ketika Fnatic paling diingati seluruh dunia CS:GO.

S1mple semasa ini membuat satu permainan mengejutkan iaitu dua no scope yang sukar untuk dibuat malah sukar untuk mengena.

Selepas permainan itu pengulas tidak percaya dengan apa yang mereka lihat dan mengatakan “S1mple, awak seriuskah?, Ini Bukan FPL ini Major,”

5. Lakad Matatag, Normalin Normalin

Perlawanan ini berlaku di antara Fnatic dan Team Secret di The International 6

Duno dan Lon membawa permainan hebat ini dengan ulasan ikonik mereka iaitu dengan perkataan Lakad Matatag.

Kedua-dua pengulas dari Filipina ini membawa perkataan Lakad Matatag popular seluruh dunia dengan ulasan mereka.

Maka itulah kesemuanya 5 Shoutcasting paling ikonik dalam e-sukan.

Apa lagi ulasan dari pengulas yang anda ingat sehingga sekarang?

RELATED NEWS

+