beg plastik Collector’s Edition Fallout 76, sekarang bahagian khidmat pelanggan Bethesda pun ada masalah juga."> beg plastik Collector’s Edition Fallout 76, sekarang bahagian khidmat pelanggan Bethesda pun ada masalah juga." /> beg plastik Collector’s Edition Fallout 76, sekarang bahagian khidmat pelanggan Bethesda pun ada masalah juga." />

Bethesda Support Terbocor Maklumat Peribadi Pelanggan Dalam Tiket Aduan Fallout 76

Selepas tragedi beg plastik Collector’s Edition Fallout 76, sekarang bahagian khidmat pelanggan Bethesda pun ada masalah juga.

Edisi tragedi besar kedua kali ini adalah Bethesda tidak sengaja membocorkan maklumat peribadi pelanggan kepada orang awam. Alamak.

Memang betul-betul kena ‘fallout’

Seorang pengguna di Reddit bernama Jessiepie mula terserempak isu ini apabila dia menerima senarai tiket aduan berkenaan Fallout 76 yang mengandungi semua resit yang meminta ganti beg kanvas sebenar bagi edisi Power Armor Set.

Butiran peribadi penting seperti nama penuh pelanggan, alamat rumah, nombor telefon dan info kad yang digunakan untuk membeli Fallout 76 serta pilihan untuk membetulkan status tiket & menghantar tiket aduan kepada khidmat pelanggan turut terpampang di akaun Bethesda.net miliknya. 

Pada mulanya, Jessiepie turut sertakan sekali bukti gambar menunjukkan senarai tiket tetapi dibuang oleh moderator Reddit atas sebab perlindungan maklumat peribadi. Namun, dia menjelaskan semula isu yang sama disertakan dengan bukti gambar.

Bukan seorang pengguna sahaja dapat tahu maklumat sensitif, malahan beberapa pengguna lain turut menerima senarai penuh tiket aduan Fallout 76 yang sama dan laporkan masalah ini di Twitter.

Melalui banyak laporan kebocoran, Bethesda akhirnya telah menyelesaikan masalah ini melalui respons diberikan di Twitter.

Sebelum ini, Bethesda berdolak-dalik tentang masalah beg plastik ini dengan hanya memberikan 500 atoms iaitu sebuah matawang dalam game kepada pemain dan ini menaikkan kemarahan pemain yang menempah Collector’s Edition Fallout 76.

Pada minggu ini, Bethesda akhirnya berbincang kembali dengan pengeluar untuk beri gantian beg kanvas yang sepatutnya diterima oleh pemain. Bagi mereka yang membuat tempahan itu, korang boleh rujuk di sini. Tapi hati-hatilah, ya.

RELATED NEWS

+