mengumumkan Anathan “ana” Pham, pemain carry lagenda dari pasukan OG kini bersara. Tidak lupa juga Ana adalah pemenang The International (TI) dua kali berturut-turut."> mengumumkan Anathan “ana” Pham, pemain carry lagenda dari pasukan OG kini bersara. Tidak lupa juga Ana adalah pemenang The International (TI) dua kali berturut-turut." /> mengumumkan Anathan “ana” Pham, pemain carry lagenda dari pasukan OG kini bersara. Tidak lupa juga Ana adalah pemenang The International (TI) dua kali berturut-turut." />

DOTA2: Terima Kasih Ana, pemain carry OG ini kini bersara

Pasukan OG baru-baru ini mengumumkan Anathan “ana” Pham, pemain carry lagenda dari pasukan OG kini bersara. Tidak lupa juga Ana adalah pemenang The International (TI) dua kali berturut-turut.

Pada usia 21 tahun, Ana memberitahu bahawa beliau sudah lama ingin bersara untuk masa yang lama. Beliau mahu belajar lebih lagi tentang kehidupan lain di luar sana selain DOTA 2.

Ana adalah pemain tempat ketiga di esportsearnings.com sebagai antara pemain e-sukan dengan pendapatan terbanyak dengan jumlah AS$6 juta.

Ana memulakan kariernya di Australia tetapi beliau bertekad untuk berhenti sekolah dan pindah ke China pada tahun 2015 bagi meneruskan karier Dota 2. Di China, Ana menjadi antara pemain yang terkenal apabila berjaya memasuki Invictus Gaming (IG) pada Mac 2016 sebagai pemain ganti untuk pemain mid lagenda Luo “Ferrari_430” Feichi.

Ana meninggalkan IG akibat konflik dari pihak pengurusan dan memasuki OG pada Ogos 2016. Dengan pasukan barunya, Ana telah berjaya membantu pasukannya untuk memenangi dua kemenangan besar iaitu di Boston Major pada Disember 2016 dan Kiev Major pada April 2017.

“Tahun-tahun sebelum ini merupakan suatu perjalanan yang hebat untuk saya. Oleh itu saya ingin memberitahu saya kini akan bersara dari Dota. Sudah lama saya memikirkan hal persaaraan ini, dan saya ingin bergerak ke alam kehidupan yang baru.

“Akhir kata, Dota telah menjadi sebahagian besar dari hidup saya untuk masa yang amat lama. Saya sudah mula mencari dan lebih menghargai benda lain buat masa ini. Saya mahu belajar dan menjelajah lebih jauh untuk di luar sana,” kata Ana.

Sebelum bersara, Ana kembali untuk OG bermula April 2021 untuk 2021 Dota Pro Circuit (DPC). Namun OG gagal untuk mendapatkan tempat untuk jemputan terus ke TI10 di Stockholm, Sweden Ogos ini. OG masih ada peluang untuk melayakkan diri ke TI10 melalui the regional qualifiers di Eropah pada 7-10 Julai ini.

Ana menjadi antara pemain lagenda OG dengan permainannya berlawan PSG.LGD dengan permainan Phantom Lancer dan Ember Spirit di lima permainan dota untuk menuju kejayaan.

Semestinya kehilangan Ana memberi kesan kepada OG dan peminat namun menunjukkan sinar baharu buat pemain muda untuk berjaya di peringkat antarabangsa.

Terima kasih Ana!

TAGS

RELATED NEWS

+