Fredo kembali ke Land of Dawn?

Team Secret sudah menubuhkan banyak divisi pasukan untuk setiap permainan video yang popular seperti Dota 2.

Namun begitu, mereka masih lagi belum mengumumkan pasukan untuk bertanding di Land of Dawn.

Kini, mereka mengacah bahawa Ahmad Fuad Razali atau Fredo adalah pemain MLBB mereka yang pertama.

Di dalam klip video itu, dilihat Fredo sedang menggunakan Xavier dan menumbangkan pihak musuh dengan aksi yang hebat.

Adakah Fredo dari PUBG Mobile akan bertukar angin dan mula bermain MLBB secara kompetitif? Kita bakal saksikan.

Terdahulu, Fredo pernah berkecimpung di arena e-sukan Mobile Legends dengan menyertai pasukan AirAsia Saiyan sebelum berhijrah ke PUBG Mobile.

RELATED NEWS

+