Free Fire menang kategori Esports Mobile Game of the Year di Esports Awards

Permainan tembak menembak Battle Royale, Free Fire memenangi kategori Permainan Mudah Alih E-Sukan Terbaik Tahun Ini di majlis anugerah Esports Awards yang dilangsungkan minggu lepas.

Ini bermakna Free Fire terus menjadi penyandang kejuaraan selepas memenangi anugerah sama, tahun lalu.

Antara permainan lain yang dicalonkan:

  • PUBG Mobile
  • Call of Duty: Mobile
  • League of Legends: Wild Rift
  • Mobile Legends: Bang Bang
  • Clash Royale
  • Brawl Stars
  • Arena of Valor

Free Fire popular khususnya di Malaysia dan kini di serata dunia apabila turut dimainkan secara kerap di Amerika Latin. Malah, mereka mempunyai komuniti pemain yang sangat aktif di benua itu.

Di India, Free Fire menjadi antara permainan mudah alih yang laris dari segi pembelian dalam permainan (IAP).

RELATED NEWS

+