Gran Turismo 7 menjanjikan pengalaman perlumbaan generasi seterusnya di PS5

Apabila bercakap tentang permainan video simulasi pemanduan dan perlumbaan, Gran Turismo boleh dikatakan sebagai siri permainan paling popular dalam kategori tersebut. Sebuah judul baharu akan dilancarkan untuk konsol Sony generasi seterusnya.

Polyphony Digital mendedahkan Gran Turismo 7 di pembentangan PS5: The Future of Gaming. Sama seperti judul Gran Turismo lain, ia akan dilancarkan secara eksklusif di konsol PlayStation dan kali ini ia akan tiba di PlayStation 5 (PS5).

Pada waktu ini, tiada tarikh pelancaran dikongsikan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+