Kemas kini Krismas No Straight Roads memperkenalkan muzik dan kostum baharu

Permainan buatan Malaysia No Straight Roads kini telah menerima kemas kini bertemakan Krismas percuma untuk semua pemilik permainan tersebut. Ia bukan sekadar memperkenalkan kostum baharu untuk watak-watak utama serta bos tetapi juga memasukkan versi Krismas lagu-lagu bos.

Metronomik, studio di sebalik No Straight Roads, menyatakan kemas kini ini juga memperkenalkan hiasan, seni album, dan kesan visual baharu yang sesuai dengan tema Krsimas. Semua kandungan ini boleh diakses melalui menu pertarungan bos dan mengubah genre ke ‘Xmas Remix’.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+