Masalah sistem bunyi pentas di TI11 beri kelebihan tidak disangka

Dota 2 The International selalunya mempunyai pentas yang sentiasa kalis bunyi.

Namun bukan untuk TI11 kali ini kerana pentas yang pemain masuk sangat tidak membantu.

Masalah bermula apabila pemain boleh mendengar pengulas berbicara mengenai situasi semasa bermain.

Malah masalah ini juga memberi kelebihan untuk pemain yang boleh bertutur bahasa inggeris.

Perkara ini terjadi ketika temubual selepas perlawanan dyrachyo (Gaimin Gladiators).

“Anda boleh dengar semua yang pengulas cakap. Dari smoke sehingga rune. Pengulas tambah “Mereka ada DD.” Dia juga mengatakan musuh sedang menggunakan smoke.”

Malah pemain PSG.LGD XinQ juga mengatakan dia boleh mendengar pengulas tetapi dia tidak memahaminya.

Pemain LGD itu juga mempunyai masalah dengan fon kepala kalis bunyi yang diberikan kerana membuatkan dia berasa tidak sihat dan menaikkan tekanan darahnya.

Tidak kira permainan apa pun, kelebihan untuk mendengar pengulas adalah sangat-sangat perlu dielakkan terutama sekali Dota 2 di mana hanya sedikit informasi boleh mengubah segalanya.

Selama TI, masalah ini tidak pernah lagi berlaku namun bukan untuk TI kali ini.

RELATED NEWS

+