Pokemon UNITE ‘memaksa’ pemain beli Pokemon untuk buat Weekly Challenge

Pokemon UNITE minggu ini sudah membuat ramai peminat dan pemain Pokemon UNITE marah.

Beberapa pemain mengeluarkan beberapa post di Reddit, menyuarakan mengenai isu ini.

Apa yang berlaku ialah Weekly Challenge iaitu satu-satunya cara untuk naikkan level Battle Pass kini sudah dihalang dan tidak dapat dibuat oleh semua orang.

Weekly Challenge ini memerlukan anda untuk menggunakan Garchomp bagi menyelesaikan misi.

Tetapi tidak semua orang mempunyai Garchomp dan Garchomp pula antara Pokemon mahal untuk dibeli di stor dengan harga 10 ribu Coins.

Ramai menyatakan rasa tidak berpuas hati kerana tidak semua orang mempunyai Garchomp dan jika anda mahu menghabiskan misi ini anda perlu membeli Garchomp semata-mata untuk enam permainan sahaja.

Apa yang lebih membuat ramai pemain marah adalah Garchomp langsung tidak ada dalam rotasi Pokemon percuma untuk minggu ini.

Hal ini menunjukkan Tencent dan TiMi Studios akan membuat manipulasi untuk perkara yang sama bagi memaksa pemain.

Bukan itu sahaja Pokemon UNITE juga mempunyai misi yang memaksa pemain untuk bermain dengan rakan.

Tidak semua orang mempunyai masa untuk bermain dengan rakan-rakan akibat kesibukan diri.

Ini menunjukkan TiMi Studios dan Tencent pasti akan membuat perkara yang sama untuk masa hadapan bagi memaksa pemain untuk menggunakan coin yang dikumpul atau wang untuk terus membeli Pokemon yang mereka tidak ada.

Harap TiMi Studios dan Tencent sedikit prihatin dengan pemain mereka yang nyata mahu Pokemon UNITE berjaya.

RELATED NEWS

+