Car Parking Multiplayer Adalah Game Viral Terbaru, Boleh Modifikasi Kereta!

Ramai yang duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ada yang bekerja di rumah (Work From Home), memasak, bermain instrumen dan sebagainya. Ada juga yang pilih nak racing dengan kawan-kawan dalam game!

Menerusi permainan mudah alih Car Parking Multiplayer yang dilancarkan di Android dan iOS, pemain boleh mendapat ganjaran wang apabila menyelesaikan setiap peringkat dan modifikasi kereta dengan cita rasa tersendiri.

Game yang memerlukan lebih kurang 250MB storan dan dimuat turun lebih 10 juta kali ini kini viral di media sosial dan ramai penghibur penstriman langsung mencubanya setiap hari.

Anda boleh membeli kereta baru dengan wang yang dikumpul. Ada sekitar 87 buah kereta pilihan termasuklah Honda Civic EK, Volkswagen Scirocco, BMW E36 dan banyak lagi!

Seperti Need for Speed di PC dan konsol, anda boleh modifikasi dengan menukar body kit, melajukan kenderaan dengan menukar enjin dan pelbagai lagi modifikasi sebenar pada kereta.

Yang menariknya, game ini boleh dinikmati secara dalam talian, boleh berjumpa dengan pemain lain. Ia ibarat seperti menubuhkan satu komuniti baharu dengan kumpulan racing anda sendiri. Nak race dengan member-member? pun boleh! Boleh drag racing lagi.

Download: iOS, Android

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+