DOTA 2: Ini Adalah 6 Team Yang Layak Ke Main Event The Kuala Lumpur Major Esok!
2018-11-15T09:21:36
By: Hazril Md Nor

DOTA 2: Ini Adalah 6 Team Yang Layak Ke Main Event The Kuala Lumpur Major Esok!

 

The Kuala Lumpur Major akhirnya hadir ke Malaysia dan pusingan kelayakan serta playoffs dah pun hampir berakhir.

Bermula esok di Axiata Arena, Bukit Jalil, peminat Dota 2 di Malaysia boleh menikmati perlawanan yang menarik antara pasukan kegemaran mereka! Tak dapat pergi ke The International atau ESL One Genting sebelum ini? Ini lah masanya kita memeriahkan acara Major Dota 2 pertama di sini.

Sebanyak 1 juta USD (kira-kira RM4,190,000) dipertandingkan antara 16 pemain dengan 15,000 mata DPC akan dianugerahkan kepada skuad terbaik dunia yang menyertai.

Ini adalah enam pasukan yang akan bertanding bermula esok:

1. Evil Geniuses

EG hadir dengan line-up baru terdiri daripada S4 dan Fly yang keluar daripada OG. Walaupun gandingan ini dikatakan mantap namun skuad ini masih lagi cuba menyesuaikan diri antara satu sama lain. Diikuti dengan Sumail yang boleh bermain pelbagai role dengan efisien, pasukan ini akan berlawan di lower bracket untuk slot mereka ke final.

2. PSG.LGD

Syabas kepada anak Malaysia, Yap Jian Wei (xNova) kerana berjaya mendapat tempat kedua di The International 8 lepas. Kali ini, pasukan dari China ini akan lakukan yang terbaik untuk buktikan kebolehan mereka di Major pertama untuk Dota Pro Circuit musim 2018-2019 ini.

3. Virtus Pro

Satu-satunya skuad dari CIS ini sentiasa konsisten pada musim Dota Pro Circuit tahun lepas. Namun, mereka agak kecundang di The International 8. Mampukah kita menyaksikan VP menebus kekalahan mereka di TI8 dan membolot kesemua mata DPC untuk The Kuala Lumpur Major ini?

4. Ninjas in Pyjamas

Penulis sendiri yakin dengan kepimpinan PPD yang membawa tiga nama terkenal, Saksa, Ace dan Fata untuk kejohanan kali ini. Dengan adanya Mind_Control sebagai stand-in, semestinya pasukan ini mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi Major pertama ini.

5. Team Secret

Team Secret sentiasa konsisten dengan pimpinan Puppey. Tak perlu dipersoalkan lagi. Tapi adakah kepimpinannya akan membuahkan hasil dalam kejohanan kali ini?

6. TNC Predator

Kehilangan Raven beri impak besar kepada pasukan ini. Sebagai satu-satunya skuad dari Asia Tenggara yang masih bertahan, kita saksikan bagaimana mereka pertahankan slot mereka dalam kejohanan ini besok!

Nantikan artikel seterusnya daripada kami di mana kami akan berikan live update untuk perlawanan yang akan berlangsung esok hingga Ahad.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
Ini Dia 10 Hero Mobile Legends Yang Perlukan Revamp
2 days ago
Rainbow Six Siege Akan Hadir Ke PlayStation 5 – Kata Ubisoft
2 days ago
Team Secret Umum Pasukan League Of Legends – Lowkey Esports Dari Vietnam
2 days ago
The Division 2 Dijual Untuk PC Pada Harga RM10 Sahaja!
2 days ago
Beta Tertutup Untuk MOBA Pertama Malaysia, Ejen Ali Agents’ Arena Kini Bermula
2 days ago
Sonic the Hedgehog Berjaya Raih RM459 Juta Pada Hujung Minggu Pertama