DOTA2: Ahjit Dikeluarkan Daripada Roster PSG.LGD Secara Senyap-Senyap?
2020-03-03T06:28:09
By: Hazril Md Nor

DOTA2: Ahjit Dikeluarkan Daripada Roster PSG.LGD Secara Senyap-Senyap?

 

Secara senyap-senyap.. Lai “Ahjit” Jay Son dikeluarkan daripada roster PSG.LGD tanpa ada satu perlawanan pun dimainkan bersama pasukan.

Nasib pemain Malaysia itu akhirnya terjawab tapi bukan dalam pengumuman rasmi. Dia dikeluarkan ketika pendaftaran Dota Pro Circuit (DPC) pada Februari 28.

Difahamkan, Ahjit ditukarkan dengan bekas pemain LGD, Wang “Ame” Chunyu yang kini bermain untuk CDEC Gaming (pasukan lama Ahjit).

Tapi keadaan bertambah buruk apabila Ahjit menjadi pemain simpanan sebelum kelayakan terbuka ESL One Los Angeles berrmula pun kerana faktor ‘tiada keserasian’.

Mereka bagaimanapun gagal layak apabila tewas dengan pasukan Team Blaze yang terdiri daripada seorang pemain wanita.

Sebelum bersama PSG.LGD, Ahjit pernah bermain untuk Fnatic, Tigers dan Mineski. Tapi dia berpeluang untuk bermain bagi pasukan China, CDEC Avenger untuk DPC 2019-2020.

Ini lineup penuh PSG.LGD:

  • Pemain posisi satu masih lagi dicari
  • Lu “Somnus丶M” Yao
  • Yang “Chalice” Shenyi
  • Xu “fy” Linsen
  • Yap “xNova” Jian Wei

Sumber: OneEsports

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Razer melancarkan papan kekunci Razer Ornata V2, berharga RM499
3 days ago
Project Cars 3 diumumkan, akan dilancarkan di PC, PS4, dan Xbox One
3 days ago
Black Shark 3 Pro dan Black Shark Bluetooth Earphones akan dijual mulai 4 Jun
3 days ago
Promosi Days of Play tawarkan PS4 Mega Pack pada harga RM1,099 serta banyak lagi diskaun hebat
4 days ago
Pelancaran musim baharu Call of Duty: Mobile dan Modern Warfare ditangguh
4 days ago
Acara Cyberpunk 2077 “Night City Wire” ditangguh ke 25 Jun 2020