Pemain Tottenham Hotspur Dele Alli kini menjadi duta Excel Esports
2020-11-20T09:01:50
By: Burhanudin Zamri

Pemain Tottenham Hotspur Dele Alli kini menjadi duta Excel Esports

 

Nama Dele Alli sememangnya terkenal dalam dunia bola sepak. Pemain tengah Tottenham Hotspur tersebut juga semakin popular dalam dunia e-sukan. Baru-baru ini beliau telah menandatangani perjanjian bersama syarikat e-sukan Excel EsportsĀ untuk menjadi duta global syarikat tersebut.

Kebelakangan ini, beliau nampaknya banyak mengisi masa lapang dengan bermain Call of Duty: Black Ops Cold War dan menyiarkan sesi permainannya kepada 133,000 pengikutnya di Twitch. Selain itu, HyperX juga telah menjadikan beliau duta jenama mereka.

Dele bukan sahaja memikul tanggungjawab sebagai duta syarikat tersebut tetapi beliau juga akan membantu pemain-pemain Excel Esports dengan latihan psikologi. Pengalaman beliau sebagai pemain bola sepak antarabangsa amat berharga dari segi perkara-perkara seperti pengurusan tekanan dan pemulihan selepas kekalahan.

Excel Esports merupakan sebuah syarikat e-sukan British yang bertapak di London. Pasukan League of Legends mereka ialah salah satu pasukan yang bertanding dalam kejohanan League of Legends European Championship (LEC). Mereka juga mempunyai sebuah pasukan Fornite yang pernah menjadi naib juaraĀ Fortnite Champion Series Invitational: Chapter 2 Season 2 Europe.

Untuk maklumat lanjut tentang Excel Esports, anda boleh melayari laman Twitter rasmi mereka.

Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
PMGC: Hari ketiga Super Weekend 1 ditunda kerana gangguan bekalan elektrik
1 day ago
MPLI: Alter Ego akan bertemu RRQ Hoshi pada suku akhir, El Clasico sekali lagi!
3 days ago
UiTM Vendetta mahu ‘balas dendam’ di PVP Esports Community Championships S2
3 days ago
PMGC: Team Secret berjaya raih WWCD di peta Miramar
3 days ago
PMGC: Pasukan 4am mengganas di peta Erangel
4 days ago
PlayStation 5 merekodkan pelancaran terbesar dalam sejarah PlayStation, kata Sony