Kita sudah tiba di penghujung tahun 2018 dan tahun ini sahaja, kita dah menikmati pelbagai game eksklusif PlayStation yang gempak seperti God of War, Detroit: Become Human dan Marvel’s Spider-Man.
Pelanggan PlayStation Plus tak lupa juga dengan pelbagai game percuma yang disediakan sepanjang tahun ini. Pada bulan November, Sony memberikan Beyond: Two Souls dan dua game lain secara percuma.
Nak tahu game apa percuma untuk bulan ini? Jom kita tengok game apa yang korang boleh muat turun bermula pada 6 Disember sehingga 9 Januari:
- God Eater 2 Rage Burst (PS4, PS Vita)
- Gravity Rush 2 (PS4)
- Katamari Damashii No Vita *versi bahasa Jepun (PS Vita)
- Mobile Suit Gundam: Battle Operation 2 (PS4)
Korang dapat 2 tema dinamik PS4 baru iaitu Spacewalk Dynamic Theme dan Déraciné Music Hall Dynamic Theme dan
Jangan lepaskan peluang untuk muat turun koleksi game percuma pada bulan lepas sebelum tiba 5 Disember!