Samsung Galaxy S20, S20+ Dan S20 Ultra Kini Dilancarkan Di Malaysia

Apabila berbicara tentang jenama-jenama telefon pintar paling popular di dunia, Samsung ialah salah satu jenama yang terunggul. Untuk tahun ini, mereka mengeluarkan model flagship terbaru mereka yang mempunyai kamera yang sangat hebat.

Samsung Galaxy S20, S20+, dan S20 Ultra kini sudah dilancarkan di Malaysia. Siri S20 merupakan sambungan kepada siri S10 yang dilancarkan pada tahun lepas. Terdapat banyak penambahbaikan yang dimasukkan dalam siri S20.

Penulis mendapat peluang untuk mencuba ketiga-tiga model ini dan sangat kagum dengan prestasi setiap model. Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa telefon pintar flagship juga mempunyai harga yang amat tinggi.

Dari aspek permainan video mudah alih, penulis sempat mencuba permainan video Asphalt 9. Malangnya, aplikasi Asphalt 9 yang terdapat di model cubaan hanyalah versi demo yang tidak membenarkan penulis melihat tetapan grafik.

Secara ringkasnya, permainan Asphalt 9 boleh dimain dengan sangat lancar dan kualiti grafik juga nampak sangat cantik.

Seperti biasa, aspek yang paling ditekankan oleh Samsung adalah teknologi kamera baru yang terdapat dalam model-model ini. Aspek terunggul merupakan zoom 100x yang ada pada kamera belakang Samsung Galaxy S20 Ultra.

Satu fungsi baharu yang menarik ialah Single Take. Apabila anda menggunakan Single Take untuk merakam sebuah video (sekurang-kurangnya 3 saat dan paling lama 10 saat), kamera akan mengambil gambar dan merakam video sekaligus.

Selepas video tersebut siap diproses, sistem akan mencadangkan sehingga empat video dan 10 gambar untuk dipilih oleh pengguna. Ia sebuah fungsi yang sangat berguna bagi mereka yang ingin muat naik gambar dan video di media sosial secara sekaligus.

Samsung menjanjikan kebolehan untuk mengambil gambar pada waktu malam dan keadaan gelap yang jauh lebih baik berbanding model-model sebelum ini.

Dari segi video pula, semua model S20 mampu merakam video beresolusi 8K pada kadar 24fps. Walaubagaimanapun, anda perlu memaparkan video tersebut pada paparan 8K untuk menikmati kecantikan penuh video tersebut.

Berikut adalah senarai harga dan spesifikasi semua telefon siri S20 di Malaysia:

Samsung Galaxy S20

Harga: RM3,599

  • Paparan QHD+ Dynamic Amoled 2X Infinity-O (3200×1400) bersama pengesahan HDR10+ bersaiz 6.2 inci dengan sokongan kadar segar semula 120Hz
  • Kamera depan 10MP
  • Tiga kamera belakang: Ultra Wide 12MP, Wide-angle 12MP, dan Telefoto 64MP
  • Pemprosesan 64-bit octa-core 2.7GHz + 2.5GHz + 2GHz
  • RAM 8GB
  • Storan dalaman 128GB
  • Boleh memuatkan dua kad sim nano ataupun satu kad sim nano dan satu microSD (muatan terbesar 1TB)
  • Bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas melalui kabel dan juga tanpa kabel (wireless)
  • OS Android 10
  • Sambungan USB type-C
  • Pilihan warna: Cosmic Gray, Cloud Blue, Cloud Pink

Samsung Galaxy S20+

Harga: RM3,999

  • Paparan QHD+ Dynamic Amoled 2X Infinity-O (3200×1400) bersama pengesahan HDR10+ bersaiz 6.7 inci dengan sokongan kadar segar semula 120Hz
  • Kamera depan 10MP
  • Empat kamera belakang: Ultra Wide 12MP, Wide-angle 12MP, Telefoto 64MP, dan kamera DepthVision
  • Pemprosesan 64-bit octa-core 2.7GHz + 2.5GHz + 2GHz
  • RAM 8GB
  • Storan dalaman 128GB
  • Boleh memuatkan dua kad sim nano ataupun satu kad sim nano dan satu microSD (muatan terbesar 1TB)
  • Bateri 4500mAh dengan pengecasan pantas melalui kabel dan juga tanpa kabel (wireless)
  • OS Android 10
  • Sambungan USB type-C
  • Pilihan warna: Cosmic Gray, Cosmic Black, Cloud Blue

Samsung Galaxy S20 Ultra

Harga: RM4,999

  • Paparan QHD+ Dynamic Amoled 2X Infinity-O (3200×1400) bersama pengesahan HDR10+ bersaiz 6.9 inci dengan sokongan kadar segar semula 120Hz
  • Kamera depan 40MP
  • Empat kamera belakang: Ultra Wide 12MP, Wide-angle 108MP (boleh zoom 100x), Telefoto 48MP, dan kamera DepthVision
  • Pemprosesan 64-bit octa-core 2.7GHz + 2.5GHz + 2GHz
  • RAM 12GB
  • Storan dalaman 128GB
  • Boleh memuatkan dua kad sim nano ataupun satu kad sim nano dan satu microSD (muatan terbesar 1TB)
  • Bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas melalui kabel dan juga tanpa kabel (wireless)
  • Sambugan USB type-C
  • Sokongan rantaian 5G
  • Pilihan warna: Cosmic Gray, Cosmic Black

Jika anda berminat untuk membeli S20, S20+, atau S20 Ultra, anda digalakkan untuk pergi ke mana-mana Galaxy S20 Roadshows yang akan bertempat di beberapa lokasi di sekitar Malaysia dari 6 Mac hingga 8 Mac 2020:

  • Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur – 10:00AM hingga 10:00PM
  • Queensbay Mall, Pulau Pinang – 10:30AM hingga 10:30PM
  • Mid Valley Southkey, Johor Bahru – 10:00AM hingga 10:00PM
  • East Coast Mall, Kuantan – 10:00AM hingga 10:00PM
  • IMAGO Shopping Mall, Kota Kinabalu – 10:00AM – 10:00PM

Mereka yang membeli S20 di lokasi-lokasi di atas akan memperoleh hadiah percuma pad pengecasan nirwayar dan kad microSD 128GB.

Selain itu, mereka yang datang awal juga berpeluang memenangi sebuah Smart TV 4K UHD Samsung bersaiz 50 inci. Anda juga boleh memperoleh rebat segera (instant rebate) bernilai RM400 melalui trade-in apa sahaja kamera untuk kamera baharu.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Galaxy S20 Roadshows, anda boleh baca di laman web rasmi Samsung Malaysia.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+