Segala Korang Perlu Tahu Tentang Level Up KL Biz – Konvesyen Untuk Tenaga Profesional Industri Game

Konvensyen industri game terulung di Asia Tenggara, Level Up KL bersidang semula pada tahun ini!

Kembali untuk tahun ke-5, Level Up KL padat dengan kandungan khas untuk pembangun game, syarikat, pemain dan komuniti e-sukan. Buat pertama kali dalam sejarah, Level Up KL 2019 kini berkembang kepada dua cabang iaitu Level Up KL Biz dan Level Up KL Play. 

Level Up KL Biz

Level Up KL Biz adalah satu acara tahunan tertumpu kepada pembangun game untuk berkongsi, berinteraksi dan belajar bersama-sama orang penting industri game dari di dalam dan luar negara di bawah satu bumbung. Ini adalah initiatif oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk bantu mengukuhkan kandungan digital dan industri teknologi kreatif di Malaysia.

Level Up KL Biz hanya dibuka khas untuk tenaga profesional dalam industri game bermula dari 2 November sehingga 8 November di Bangsar South manakala Level Up KL Play dibuka untuk orang ramai pada 9 dan 10 November di Pusat Konvensyen KLCC.

Baca lanjut: Level Up KL Play Akan Dibuka Untuk Orang Awam – Main Game Buatan Malaysia Di Sini!

Dalam artikel ini, kami akan fokus kepada Level Up KL Biz. Berikut adalah aktiviti menarik yang diadakan sepanjang 5 hari:

Masterclass Workshop (2 – 5 November)

Jika korang mahu mengasah kebolehan dalam pembangunan game, korang boleh daftar untuk Masterclass Workshop! Ia adalah siri bengkel yang mana pembangun game dari seluruh dunia berkongsi maklumat dan cara-cara untuk meningkatkan kaedah pembangunan game seperti asas rekaan karakter dan pembangunan visual, rekaan antaramuka pengguna (UI) dan banyak lagi.

Mari kita lihat jadual dan butiran keenam-enam Masterclass Workshop:

  • Stunning Visuals – A Workflow for Artists (2 November)

Dikendalikan oleh dua pembangun game berasal dari Malaysia, Alitt Khaliq (Unity Technologies) & Silmi Izzuan (Lemon Sky Studios), bengkel ini akan mengajar tentang cara untuk mengukuhkan aset seni untuk kelihatan sesuai dan asli bagi projek korang dalam Unity.

Ketahui kaedah untuk menghasilkan aset seni yang mengagumkan dengan daftarkan diri di sini.

  • Fundamentals to Character Design and Visual Development (3 November)

Hong Ly ialah seorang artis konsep dan pereka jenama yang pernah bekerja bersama Naughty Dog untuk game seperti siri Uncharted dan The Last of Us serta kini bekerja bersama Riot Games, studio yang membangunkan League of Legends.

Dalam bengkel ini, beliau akan mengajar bagaimana untuk menghasilkan pembangunan visual dan arahan seni yang sesuai untuk game berbanding ilustrasi, animasi dan filem.

Khas untuk pelukis dan pereka, korang boleh daftar bengkel ini melalui pautan ini.

  • 200 Games An Hour (4 November)

Pernah tak korang bermain Minit yang mana korang bermain sebagai seorang hero yang hanya boleh hidup dalam 60 saat? Pembangun Minit, Kitty Calis dan Jan Willem Nijman akan mengajar cara untuk membangunkan dan mereka game dalam masa 15 minit tanpa memerlukan komputer langsung.

Apa yang korang perlu adalah semangat dan ilham kreatif untuk mencipta game. Korang boleh daftar untuk bengkel ini di sini.

  • Using UI Design To Solve Game Design Problems (5 November)

Pengasas studio game tempatan Kurechii, P’ng Yi Wei akan merungkai permasalahan rekaan antaramuka pengguna mengelirukan untuk menghasilkan rekaan antaramuka pengguna yang mudah dan jelas.

Nak tahu bagaimana caranya? Korang boleh lihat butiran lanjut dan daftar di sini.

  • Mobile Game Optimization (4 November)

Bengkel ini melihat isu-isu pengoptimum yang sering dibangkitkan dalam produksi dan kaedah untuk menganalisa data diagnostik serta menggunakan teknik pengoptimuman menggunakan Project diagnostic tools dalam Unity.

Pembangun game indie tempatan, Shawn Beck terkenal dengan Velocibox dan terbaru, Warpods bersama Weyrdworks kini telah bekerja bersama Unity Technologies bakal mengadakan sesi bengkel ini. Korang boleh daftar untuk bengkel ini di sini.

  • Unreal Engine Environmental Art & Effects Masterclass (5 November)

Chris Murphy dari Epic Games iaitu studio yang sama menghasilkan Fortnite dan Unreal Engine akan mendedahkan cara untuk menghasilkan persekitaran dan efek game gempak melalui Unreal Engine 4. 

Bagi yang berminat untuk mengindahkan lagi persekitaran game, korang boleh lihat topik apa yang bakal dibincangkan dalam bengkel ini di sini.

Level Up KL 2019 Conference (7 – 8 November)

Sepanjang dua hari ini, terdapat pelbagai topik menarik mengenai industri pembangunan game dan e-sukan yang dibincangkan oleh pembangun game dari seluruh dunia. Persidangan ini akan dipecahkan melalui empat cabang berbeza iaitu Production Track, Biz & Tech Track, E-sports & Influencers Track dan Indie Track.

Pada tahun ini, persidangan Level Up KL 2019 akan membuka tirai dengan ucapan utama bertajuk “Making Lasting IP Content” daripada Swen Vincke, pengasas dan ketua pegawai eksekutif Larian Studios terkenal dengan siri Divinity: Original Sin.

Selain Larian Studios, wakil-wakil daripada syarikat game & teknologi ternama seperti Marvel Entertainment, Riot Games, Tencent, Google, Razer serta studio game Malaysia seperti Lemon Sky Studios, Metronomik, Magnus Games Studio, Kaigan Games, Passion Republic dan ramai lagi akan hadir dan berkongsi pengalaman mereka dalam industri game dan e-sukan.

Korang boleh lihat jadual penuh dengan pengucap jemputan melalui pautan ini.

SEA Game Awards (8 November)

SEA Game Awards adalah anugerah penghargaan untuk game yang dibangunkan di rantau Asia Tenggara dari Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia dan Filipina.

Sebanyak 50 game dipertandingkan dalam 10 kategori iaitu Grand Jury Award, Rising Star Award, Audience Choice Award, Best Technology, Best Visual Art, Best Game Design, Best Audio, Best Storytelling, Best Innovation dan Best Student Game.

Apa yang lebih menarik, korang boleh main kesemua game ini secara percuma di bahagian Exhibition & Showcase dan Level Up KL Play pada 9 dan 10 November.

Untuk lihat senarai penuh game yang dicalonkan dan pemenang SEA Game Awards pada tahun 2018, klik di sini.

Bagi yang berminat untuk mengikuti Level Up KL Biz, korang boleh dapatkan tiket dan maklumat lanjut sepanjang persidangan untuk pembangun game terulung di Malaysia melalui laman sesawang rasmi, Facebook, Twitter dan Instagram mereka.

MyGameOn juga akan membuat liputan semasa di Level Up KL Biz dan Level Up KL Play dari 7 hingga 10 November. Jangan lupa ikuti FacebookTwitter dan Instagram!

RELATED NEWS

+