Seronok Main Car Parking Multiplayer, Dua Streamer Kongsi Pengalaman

Car Parking Multiplayer tak dinafikan lagi game yang sedang hangat trending di media sosial dan ramai penghibur penstriman langsung sudah pun mencubanya.

Permainan mudah alih di iOS dan Android ini mengetengahkan ciri permainan seakan Need for Speed di mana anda boleh modifikasi kereta, menyiapkan tugasan dan berlumba bersama pemain lain.

Anda boleh membeli kereta baru dengan wang yang dikumpul. Ada sekitar 87 buah kereta pilihan termasuklah Honda Civic EK, Volkswagen Scirocco, BMW E36 dan banyak lagi!

Yang menariknya, game ini boleh dinikmati secara dalam talian, boleh berjumpa dengan pemain lain. Ia ibarat seperti menubuhkan satu komuniti baharu dengan kumpulan racing anda sendiri. Nak race dengan member-member? pun boleh! Boleh drag racing lagi.

Jom ikuti perkongsian ZackXGaming dan Jimboy:

 

Lepak bersama kawan

 

Bagi Muhammad Hazim Abd Hamid atau Jimboy, dia menganggap permainan itu boleh dijadikan satu hobi pada masa lapang.

“Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa, ‘geng kereta’ boleh lepak dalam ni. Dalam satu room yang boleh disertai sehingga 13 orang.

“Dari situ mereka akan tunjuk design kereta masing-masing. Tak pun, berlumba bersama member-member kereta siapa lagi laju,” katanya.

Jimboy memberi tips permainan di Facebook

Hazim berkata, game ini juga bukan sekadar satu permainan perlumbaan yang linear tapi lebih daripada itu.

“Ia mempunyai konsep seakan Grand Theft Auto dan paling best sebab boleh akses menggunakan peranti pintar saja,” katanya.

Menurutnya, ramai kawan-kawannya yang gemar mengambil screenshot kereta masing-masing dengan modifikasi berlainan. Bagi penggemar hobi makeup kereta, ia adalah salah satu escapism buat mereka sempena PKP ini.

 

Kandungan curi tumpuan

 

Sementara itu, Mohamad Zakhry Zainal Abidin atau ZackXGaming pula berkata permainan mudah alih ini sangat dekat dengan hati ramai rakyat Malaysia.

“Kandungannya fokus pada modifikasi dan kereta yang dikenali jadi sebab itulah ramai yang main.

“Apa saya paling enjoy ketika stream bila dapat setting enjin dan berkongsi ilmu bersama penonton. Kadang-kadang bagi tips macam mana nak buat kereta lagi laju.

“Game ni juga sesuai untuk mereka yang gemar atau sedang memandu kereta laju tapi tak dapat keluar sebab PKP. Sekurang-kurangnya, dapat modifikasi kereta dalam game pun dah cukup puaskan hati,” katanya.

Dengan nada lucu, Zack berkata, terdapat ramai pemain yang masih single gemar bermain permainan ini.

“Selalunya orang yang suka main game yang melibatkan kereta ini, orangnya penyabar dan penyayang. 

“Kalau tengok dekat laman sosial, kebiasaannya wanita yang bergambar dengan kereta mesti cantik-cantik. Jadi kemungkinan besar ‘awek’ yang main game ni juga cantik!,” katanya ketawa.

RELATED NEWS

+