STGCC 2018: Konvesyen Pertembungan Timur Dan Barat

Singapore Toy, Game and Comic Convention (STGCC) baru menyambut ulang tahun ke-11 kembali dengan lebih meriah pada tahun ini. Gabungan antara budaya pop timur dan barat menjadi tarikan utama bagi STGCC yang diadakan selama dua hari pada 8 sehingga 9 September di Marina Bay Sands, Singapore.

Daripada pameran figura aksi terhad sehinggalah ke peluang bermain video game baru, segalanya budaya pop disediakan bagi pengunjung yang datang dari setiap pelusuk dunia untuk membanjiri Marina Bay Sands.

Ini merupakan pertama kali saya dapat berkunjung ke STGCC 2018 untuk menyaksikan kemeriahan budaya pop di negara jiran. Berikut adalah empat perkara yang menarik perhatian saya di STGCC 2018.

Meraikan pelukis di dalam dan luar negara

Gabungan budaya pop timur dan barat tentunya menyinar di atas pentas STGCC 2018. Rata-rata tetamu jemputan adalah pelukis komik dan ilustrasi tersohor seperti ketua pembangunan visual untuk fiem Marvel Cinematic Universe, Ryan Meinerding; pelukis komik untuk DC Comics dan Marvel, David Finch serta pereka karakter anime terkenal, Range Murata dari Jepun.

Ketua pembangunan visual untuk fiem Marvel Cinematic Universe, Ryan Meinerding di atas pentas

Selain itu, terdapat juga ‘Artists Alley’ di mana ia meletakkan pameran jualan dari artis-artis tempatan dan luar negara memperlihatkan kerja seni mereka kepada orang ramai.

Pengunjung boleh melihat dan membeli hasil-hasil kerja kreatif dari gerai jualan mereka. Korang boleh dapatkan segala jenis barangan di gerai mereka seperti keychain, poster, sticker, t-shirt dan banyak lagi.

Atlit esports wanita menyerlah di pentas World Esports Sports Games (WESG)

STGCC 2018 juga dijadikan gelanggang untuk kejohanan WESG Southeast Asia (WESG SEA) bagi kelayakan Singapura. Sebanyak lima game dipertandingkan iaitu termasuk Dota 2, CSGO, Starcraft II, Vainglory dan Hearthstone. Namun, Hearthstone hanya dipertandingkan melalui online sahaja.

Menariknya, kelayakan Singapura menampilkan kejohanan CSGO dan Hearthstone khas untuk pasukan wanita. Sebelum ini, penganjur WESG menjanjikan lebih ramai penyertaan wanita dari kedua-dua game ini.

Korang boleh klik di sini untuk tahu siapakah juara lima kategori esports mara ke Regional Finals pada November ini.

Peluang merasai bermain video game buatan Singapura dan Asia

Selain kejohanan esports, pengunjung berpeluang untuk bermain video game dianjurkan oleh Good Game Experience (GGXP). Saya mencuba lebih kurang 10 game baru dipamerkan di STGCC 2018 antaranya adalah Holy Potatoes dibangunkan oleh Daylight Studios, Last Regiment dibangunkan oleh Boomzap, Hexlords dibangunkan oleh Tantanmen Game dan banyak lagi.

Pameran ini juga memperlihatkan hasi kerja pelajar universiti Singapura semasa dalam tempoh program Game Innovation Programme selama 3 bulan.

Pelajar-pelajar ini membangunkan game mobile dan PC seperti Weightless oleh Cubix, It’s A Start oleh Rawcat Studios, Portrayed oleh S2dio dan Stones of Samitari oleh Shadow Shrike Studios.

Untuk peminat tabletop pula, STGCC 2018 menyediakan ruang yang luas untuk pemain-pemain berkumpul bersama-sama untuk bermain game tabletop terkenal seperti Warhammer, Dungeon & Dragons, Firestorm dan banyak lagi.

Korang juga boleh meluangkan masa bersama studio-studio indie yang membangunkan board game unik seperti Oddbots oleh Playware Hobbies dan Cryptocurrency oleh Capital Gains Studio.

GGXP juga mempunyai zon ‘Freeplay’ di mana pengunjung boleh bermain pelbagai jenis game dari era retro dan era modern secara beramai-ramai seperti Overcooked 2, ARMS, BlazBlue Central Fiction, Mario Tennis Aces dan bermacam-macam lagi.

Koleksi figura aksi eksklusif

STGCC 2018 tidak lengkap tanpa koleksi figura aksi yang tentunya menarik perhatian pengumpul figura aksi. Korang boleh melihat koleksi figura eksklusif dan juga mampu beli dalam konvesyen yang sama.

Peminat figura aksi boleh melihatkan koleksi figura aksi atau toys dari XM Studios, HMO Collectibles, Hot Toys, Tokidoki, Bandai Namco dan banyak lagi.

Walaupun ini julung kali saya menjejakkan kaki ke STGCC 2018, saya dapat merasakan seluruh pengunjung tak kira umur, usia ataupun bangsa bergabung di bawah satu konvesyen yang meliputi seluruh jenis budaya pop dalam satu bumbung.

Semoga STGCC akan datang membawa lagi jemputan-jemputan artis dan juga orang penting dalam industri budaya pop termasuk komik, anime, toys dan video game untuk berkongsi pengalaman serta hasil kerja mereka di negara Singa.

RELATED NEWS

+