Steam. Setakat ini, rekod tertinggi jumlah pemain serentak Valheim ialah 390,000 pemain."> Steam. Setakat ini, rekod tertinggi jumlah pemain serentak Valheim ialah 390,000 pemain." /> Steam. Setakat ini, rekod tertinggi jumlah pemain serentak Valheim ialah 390,000 pemain." />

Valheim kini antara permainan paling popular di Steam

Para pemain PC semestinya telah mendengar tentang sebuah permainan bertajuk Valheim. Ia kini menduduki tangga ketiga dalam senarai permainan paling popular pada minggu ini di Steam. Setakat ini, rekod tertinggi jumlah pemain serentak Valheim ialah 390,000 pemain.

Valheim merupakan sebuah permainan kelangsungan hidup multi-pemain yang bertemakan Viking. Cara permainannya mempunyai beberapa persamaan dengan permainan-permainan seperti Rust dan The Forest.

Terdapat juga elemen role-playing game (RPG) dalam Valheim. Terdapat stats yang boleh diperbaiki dengan sentiasa melakukan tindakan-tindakan seperti crafting, memburu, dan banyak lagi.

Anda boleh bermain bersama pemain-pemain lain untuk bekerjasama dalam membina rumah dan menewaskan musuh. Terdapat musuh-musuh bos yang sangat kuat dan anda perlu melakukan persediaan yang rapi untuk menentang mereka.

Ramai pemain memberikan ulasan positif terhadap permainan ini. Ia sering dipuji kerana mempunyaio sistem krafting yang mudah diguna, sangat menyeronokkan bila bermain dengan rakan-rakan, dan tidak memerlukan PC yang berkuasa untuk dimain.

Permainan ini masih berada di fasa Early Access dan boleh dibeli pada harga RM39. Jika anda berminat untuk mencuba permainan ini, pastikan anda mengajak rakan-rakan untuk bermain bersama-sama kerana mod multi-pemain boleh memuatkan 10 pemain.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+