Days Gone Bakal Dapat DLC Percuma, Survival Mode Beri Permainan Paling Mencabar

DLC (downloadable content) untuk Days Gone akan dilancarkan secara percuma pada bulan Jun ini.

Days Gone adalah game eksklusif PlayStation terbaru keluaran Bend Studio yang menampilkan seorang biker, Deacon St. John bertahan hidup dalam suasana pasca apokalips.

Menurut pembangun, DLC Days Gone bakal menampilkan mod yang lebih mencabar dan cabaran yang sentiasa ditukar pada setiap minggu untuk semua pemain Days Gone yang mempunyai talian Internet aktif.

Mod mencabar itu dipanggil sebagai Survival Mode iaitu merupakan mod paling sukar untuk pemain menelusuri Days Gone tanpa fast travel dan Survival Vision (skil Deacon untuk mengesan klu dan pergerakan musuh).

Bukan itu sahaja, Survival Mode merampas petunjuk dan peta yang berada di paparan skrin, lalu membiarkan pemain terus menghadap zombi dan musuh lain mengikut naluri dan kebolehan sendiri.

Deacon menggunakan Survival Vision untuk beri petunjuk seperti enakmen semula dan tapak kaki musuh

Bermula pada bulan Jun, terdapat juga cabaran baru yang melibatkan motosikal, segerombolan Freakers (Horde) atau Combat yang akan disediakan pada setiap minggu. Setiap cabaran ini termasuk dalam ciri-ciri gameplay Days Gone dan diubahsuai untuk pemain menerima ganjaran dan barangan lumayan.

Setakat ini, Bend Studio tidak berkongsi cabaran apa yang bakal diterima oleh pemain. Agak-agaknya apalah cabaran yang akan muncul dalam DLC percuma Days Gone ini?

Dalam review kami, Days Gone adalah sebuah game khas PlayStation yang kurang memberi impak berbanding senarai game eksklusif PlayStation yang lain dari segi gameplay, combat dan jalan cerita. Malah, kami selalu terserempak dengan bug sepanjang game.

Days Gone telah dilancarkan pada 26 April 2019 khas untuk PlayStation 4.

RELATED NEWS

+