Rippo masih bersama BTR di musim ke-9 MPL ID

Bigetron Alpha adalah nama yang tidak asing lagi di dalam arena kompetitif Mobile Legends Indonesia. 

Antara pencapaian terbaik mereka adalah menjadi naib juara di MPL ID musim ke-7, tewas di tangan EVOS Legends ketika itu.

Kini, mereka mengumumkan barisan pemain baru mereka untuk musim ke-9. Terdapat hanya seorang pemain baru iaitu Xorizo.

Terdahulu, BTR mengucapkan selamat tinggal kepada Branz yang mengambil keputusan untuk keluar dari pasukan itu.

Tidak banyak berubah di dalam barisan pemain kali ini. Rippo juga masih bersama mereka untuk musim kali ini.

Mampukah BTR Alpha mengulangi kembali momentum mereka di musim ke-7? Kita nantikan pada 18 Februari ini.

Sumber: @emak_moba

Foto: Bigetron TV

RELATED NEWS

+