Coming Soon: Dragon Nest M Exclusive Gathering Party Di Kuala Lumpur!

Penulis pernah menceritakan pengalaman bermain Dragon Nest M, game MMO yang diportkan ke peranti pintar. Di Malaysia, game ini boleh tahan popular kerana menduduki carta teratas di AppStore.

Bagi server Malaysia/Singapura, nampaknya korang boleh imbau kembali nostalgia dan berjumpa dengan guild member di dunia nyata! kerana Dragon Nest M akan mengadakan gathering party di Kuala Lumpur pada 26 Mei ini. 

Dalam acara ini, korang boleh menang hadiah dari Dragon Nest M termasuk Grand Lucky Draw yang belum didedahkan ganjarannya. Korang juga boleh join 1V1 PVP, 4V4 PVP dan lain-lain cabaran bersama rakan-rakan lain dari Singapura.

Kalau korang risau pasal dress code, boleh tarik nafas lega kerana dress code adalah free dan kasual. Pakailah apa pun yang korang nak! Kalau nak jadi macam favorite karakter pun boleh! Walau macam mana pun, korang perlu mendaftar untuk hadir ke party ini. Dragon Nest M juga akan memilih guild dan pemain bertuah yang akan diumumkan di fan page pada 21 Mei nanti.

Butiran lain:

1) Hanya 300 pemain yang akan dipilih secara rawak untuk menghadiri gathering party.
2) Lokasi adalah di Kuala Lumpur tapi masih belum diumumkan. Jadi korang boleh check di laman Facebook mereka untuk kemaskini.
3) Pendaftaran boleh dilakukan di SINI.

RELATED NEWS

+