DOTA 2: Team Flash Juara Lazada Game On Series – Tahniah Diucapkan!

Siapa tak suka kalau saksikan rakan senegara menang kejohanan e-sukan peringkat Asia Tenggara? Selepas bertarung dengan team Dota 2 daripada Indonesia, Vietnam, Filipina dan Indonesia, pasukan negara, Team Flash menjuarai kejohanan Dota 2 Lazada Game On Series.

Mereka memperoleh kemenangan mudah ke atas Skuville (Filipina), SEA Reject dan Next Gen (Vietnam) dengan markah 2-0. Team Flash kemudiannya menundukkan pasukan Indonesia, PG.Barrackx dengan markah 2-0 di final dalam format best of three grand final.

Dalam highlight pertandingan ini ialah kemunculan veteran Malaysia berusia 29 tahun dan wakil The International sebanyak tiga kali itu kini Joel “Xtinct” Chan Zhan Leong yang sebelum ini seorang jurulatih dan kini bermain untuk Team Flash sejak dua minggu lepas. 

Beliau mempamerkan prestasi mengagumkan sejak penyertaan dalam Team Flash dan ini ucapannya selepas kemenangan di kejohanan itu.

“Saya sangat berpuas hati dan bersyukur memenangi kejohanan ini kerana ia adalah kemenangan pertama bersama Team Flash. Saya berterima kasih kepada ahli kerana meletakkan usaha bersama, dan kepada Flash kerana kepercayaan dan sokongan berterusan kepada kami,”

Dalam satu kenyataan media, Team Flash juga umumkan pertukaran roster untuk tahun depan selepas kemenangan Lazada Championship.

Syeonix dah pun bersama team sejak November sementara Deth-Sama dan Xtinct menyertai secara rasminya pada minggu lalu. Xtinct pernah bermain untuk Mineski-X, Vici Gaming Potential dan Orange Esports untuk TI3.

Deth-Sama, remaja 23 tahun daripada Kota Singa pula dikenali kerana bakatnya dalam arena eSports negara itu dan seorang offlaner yang berbakat dalam rantau Asia Tenggara. 

Ini bermakna Gy dan Unknown meninggalkan pasukan sementara jjz akan menjadi pemain simpanan. Mercury dan TrazaM akan terus kekal di posisi 2 dan 4, sementara posisi untuk jurulatih masih available

Roster terkini Team Flash:

1. Syeonix (1)
2. Mercury (2)
3. Deth-Sama (3, Kapten)
4. TrazaM (4)
5. Xtinct (5)
6. jjz (6)

RELATED NEWS

+