ESL National Championship 2019 Buka Penyertaan Malaysia & Singapura Untuk Dota 2

Syarikat e-sukan terbesar, ESL mengumumkan ESL National Championship 2019 yang bakal meluaskan capaian ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia.

ESL National Championship 2019 akan membawakan liga permainan Dota 2 untuk negara Thailand, Vietnam, Malaysia dan Singapura. 

Liga ESL National Championship adalah acara e-sukan yang telah ditubuhkan untuk lebih dari 20 negara di seluruh dunia untuk mengetengahkan bakat-bakat baru dalam komuniti e-sukan. Naib Presiden Kanan ESL Asia-Pasifik Jepun berkata, “Asia Tenggara mempersembahkan pasaran luas dengan potensi untuk membangun dan rumah bagi beberapa pasukan terbaik di sini. Kami percaya dengan pendekatan kami dapat membantu dan memudahkan ramai pemain Asia Tenggara ke pentas e-sukan antarabangsa dan menghasilkan kisah Zero to Hero sebenar dalam rantau ini.”

Setiap ESL National Championship akan menyaksikan 8 pasukan Dota 2 daripada setiap zon liga dan bakal berentap untuk bawa pulang hadiah terkumpul wang sebanyak USD$12,000 bagi setiap zon dengan peluang untuk dinamakan sebagai pasukan Dota 2 terbaik di rantau mereka.

Sebanyak 4 kelayakan (qualifier) akan diadakan untuk setiap rantau dan dua pasukan teratas bagi setiap kelayakan akan mara ke pusingan online. Berikut adalah tarikh untuk setiap kelayakan bagi Malaysia dan Singapura:

Bagi mereka yang berminat, pastikan korang cari geng 5 orang untuk tubuhkan pasukan Dota 2 dan peluang untuk menjadi pasukan terbaik Dota 2 di Malaysia dan Singapura. Klik sahaja link di atas untuk menyertai ESL National Championship 2019!

Pusingan online bagi setiap rantau ESL National Championship akan diadakan dari April ke Mei dan 4 pasukan teratas akan bertanding pada pusingan akhir secara offline pada Jun. 

Untuk maklumat lanjut tentang ESL National Championship 2019, korang boleh ikuti ESL Asia di Facebook, Twitter dan Instagram

 

RELATED NEWS

+