blog rasmi BioWare."> blog rasmi BioWare." /> blog rasmi BioWare." />

Anthem: “Pemain Adalah Komponen Penting Untuk Game Baru Kami,” Kata Casey Hudson

Pejam celik pejam celik, tinggal sebulan lagi sebelum tibanya pelancaran Anthem dan pengurus besar BioWare, Casey Hudson memberi sepatah dua kata apa yang kita bakal saksikan dalam Anthem melalui blog rasmi BioWare.

Hudson melihat kembali permulaan produksi Anthem 7 tahun lepas, “Ketika kami fikir untuk Anthem (dulu diberi nama samaran DYLAN) pada 2012, kami mahu mencipta dunia fiksyen baru yang penuh dengan penceritaan dan karakter mengikut standard BioWare. Kami juga mahukan pengalaman permainan korang boleh kongsi bersama rakan-rakan dan mempunyai cerita menuju ke pengakhiran semata-mata tetapi cerita yang terus meletakkan pemain secara langsung dalam game.”

Sebagai IP baru BioWare, Hudson mengaku ia datang dengan cabaran yang menggunung. “Ramai pemain rasa skeptik dengan idea “game online” (ala Destiny) dan kerisauan mereka datang dari sebab yang betul. Selalunya, game online agak bercanggah dengan interaksi karakter dan penceritaan yang bagus. Kadangkala dalam game online hebat sekali pun, ada juga pemain yang hilang minat untuk main atau tak tahu nak buat apa-apa apabila kawan anda tidak online,” luah Hudson.

Anthem semestinya berbeza daripada game yang dihasilkan oleh studio sebelum ini yang terkenal dengan role-playing games (RPG) seperti Dragon Age & Mass Effect. Untuk Anthem pula, Hudson sasarkan game ini akan memberikan gabungan antara keseronokan misi multiplayer bersama kawan korang bersama intipati single-player dan karakter yang dihubungkan menjadi pengalaman naratif yang direka untuk selalunya berubah dari semasa ke semasa.

Game ini dilancarkan dengan kandungan banyak tetapi pengurus mendedahkan ‘bahan’ paling penting dalam sesebuah game adalah maklumbalas pemain. Hudson mengingatkan pemain, “Bila Anthem dilancarkan, ini bukan bermakna ia akan berakhir begitu sahaja. Ia sekadar permulaan untuk penceritaan berterusan yang mana korang adalah elemen penting.

Kalau korang nak lebih lagi, kami boleh bangunkan. Kalau ada yang tak kena, beritahu saja kepada kami. Dan cerita itu akan berterusan mengikut cara korang bermain. Kami bakal mendedahkan pelan yang kami berhasrat untuk menyokong kandungan menarik akan datang.”

Bagi mereka yang tidak sabar untuk menyarung Javelin, korang berpeluang untuk bermain Anthem lebih awal seperti sebuah demo VIP khas untuk pelanggan EA Access atau mereka yang membuat pre-order boleh bermain demo ini bermula dari 25 Januari manakala demo dibuka untuk semua pemain jatuh pada 1 Februari. 

Baca lagi: Inilah Cara Untuk Main Anthem Lebih Awal Sebelum Pelancaran Rasmi

Anthem akan dilancarkan pada 22 Februari 2019 di PC, PS4 dan Xbox One.

RELATED NEWS

+