Inilah Cara Untuk Main Anthem Lebih Awal Sebelum Pelancaran Rasmi

Bagi yang terlepas peluang untuk main dalam sesi alpha tertutup baru-baru ini, jangan risau korang sempat bermain Anthem lebih awal dalam dua demo ini.

Anthem merupakan game berbentuk aksi role-playing game (RPG) dibangunkan oleh BioWare yang memperkenalkan cara permainan multiplayer seperti dalam Destiny sambil terbang ala-ala Iron Man dalam sut dipanggil sebagai Javelin.

Menurut EA, terdapat dua demo korang boleh sertai iaitu demo Anthem VIP dan demo normal Anthem. Demo ini hanya memberi sedikit sedutan terhadap satu misi dalam game ini dan sebarang progression tidak akan dibawa masuk ke game penuh.

Untuk main demo VIP bermula pada 25 sehingga 27 Januari 2019, korang perlu pra-tempah Anthem atau jadi pelanggan EA Access atau Origin Access. Lebih-lebih lagi, pemain demo VIP akan mendapat barangan eksklusif apabila game ini rasmi dilancarkan. 

Demo normal Anthem pula bakal dibuka untuk semua pemain PC, Xbox One dan PS4 pada 1 Februari sehingga 3 Februari 2019.

Kepada mereka dah siap-siap tempah Anthem, korang berkesempatan untuk main game penuh seminggu lebih awal dari pelancaran rasmi khas untuk pengguna EA Access atau Origin Access!

Tempoh hari itu, pembangun terkenal dengan penceritaan mendalam seperti siri Dragon Age & Mass Effect turut mengeluarkan trailer baru di The Game Awards yang mana menunjukkan sedikit jalan cerita Ranger bertemu dengan penjahat dalam dunia sains fiksyen Anthem ini.

Anthem bakal dilancarkan pada 22 Februari di PC, Xbox One dan PS4.

Sumber: EA

RELATED NEWS

+