Pemain Professional E-Sukan FIFA, Amirul ‘Amtuah’ Afandi Sah Keluar Organisasi Fire Dragoon

Juara Kejohanan Sukan Elektronik Asia Tenggara (AGES 2016) dan juga peserta kejohanan dunia Esports World Convention (ESWC), Amirul Afandi atau lebih senang dikenali sebagai AmTuah sah meninggalkan organisasi Fire Dragoon Esports hari ini selepas setahun bersama mereka.

AmTuah memuat naik status di laman Facebook dan memberitahu kepada semua.

“Hai semua, pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Fire Dragoon kerana membantu saya sepanjang berada dalam organisasi. FDG membantu saya meningkatkan corak permainan dan sokongan padu untuk karier saya. Dengan itu, saya takkan memiliki pencapaian sekarang tanpa mereka.

“Saya ingin umumkan saya bukan lagi pemain Fire Dragoon FIFA mengikut persetujuan bersama kami.

“Saya akan menyertai kejohanan seterusnya di bawah nama Amirul “AmTuah” Afandi dan tak akan mewakili mana-mana organisasi e-sukan buat masa sekarang.

“Untuk Virtuelle Bundesliga, saya akan bermain di bawah nama Schalke 04.

“Harap semua terus memberi sokongan berterusan kepada saya.

MyGameOn berjaya menghubungi AmTuah dan beliau hanya menjawab:

“Sekarang saya mempunyai komitmen lain tapi hanya untuk beberapa bulan. Mungkin selepas ini saya akan terus solo ataupun bermain di bawah organisasi e-sukan lagi.

AmTuah juga berkata Fox Sports dan Bundesliga akan memberi tajaan penuh untuk kejohanan Virtuelle Bundesliga yang dianjurkan oleh EA Sports. Beliau layak ke final kejohanan itu yang akan diadakan di Dortmund, Jerman pada 31 Mac dan 1 April ini selepas menewaskan wakil Singapura, Muhammad Syakir Abdul Rauf di peringkat kelayakan tak lama dulu.

Ke mana hala tujuan AmTuah selepas ini?

RELATED NEWS

+