Malaysia naib juara di FIFA eClub World Cup 2021, tahniah diucapkan!

Pasukan Malaysia, Wicked Esports yang terdiri daripada Faiq Iskandar Saiful Bahri dan Muhammad Naim Muhammad Hisham berjaya meraih gelaran naib juara Zon 2 (Asia) di kejohanan dunia FIFA eClub World Cup 2021, sebentar tadi.

Mereka tewas di tangan pasukan Jepun, Blue United EFC, 3-1 dalam format best of five.

Setakat ini, Wicked sudah berjaya mengumpul RM32,000 hadiah kemenangan kerana layak ke peringkat grand final. 

 Kemaraan pasukan ini ke grand final mengukir sejarah baru di peringkat dunia FIFA apabila pasukan Malaysia pertama kali berjaya melangkah sejauh ini.

RELATED NEWS

+