20,000 peminat Dragon Ball Argentina berkumpul menghormati Akira Toriyama

Banyak penghormatan dibuat di seluruh dunia untuk mendiang Akira Toriyama, pencipta Dragon Ball Z yang meninggal pada 1 Mac lalu.

Antara yang paling menyayat hati adalah dari peminat-peminat di Argentina.

Kematian Akira Toriyama ketika berusia 68 tahun menjadi kejutan buat seluruh dunia.

Di Argentina, lebih 30,000 peminat Dragon Ball bergabung untuk membuat Genki Dama sebagai cara untuk mengingati Akira Toriyama.

Semua orang mengangkat tangan ke udara seolah-olah memberi tenaga kepada Goku.

Mereka juga bersorak nama Akira beramai-ramai.

Akira Toriyama menjadi mangaka ikonik yang sudah menembusi pelbagai pelusuk media dan budaya di serata dunia dengan karya beliau.

RELATED NEWS

+