4 comeback paling hebat dalam e-sukan, dari nampak kalah terus menang

Comeback pasti salah satu benda yang paling sukar untuk dilupakan terutama sekali di dalam e-sukan.

Apabila semuanya tiada harapan namun pasukan-pasukan ini masih cuba dan berlawan sehingga akhir untuk menang.

Jom kita lihat comeback paling hebat dalam e-sukan.

1. Full Sail Comeback – Optic Gaming vs Complexity (Call of Duty)

Perlawanan ini berlaku pada tahun 2013 Fall Invitational Grand Finals.

Optic Gaming sudah memenangi lima pusingan dan Complexity nampaknya tidak akan dapat membuat comeback.

Pasukan ini hanya perlu memenangi 1 pusingan sahaja lagi.

Namun Complexity terus membuat comeback mengejar dari 5-0 dan memenangi 6 pusingan berturut-turut dan terus memenangi pertandingan itu.

2. Comeback Cloud 9 di Boston Major – Cloud9 vs Faze Clan (CS:GO)

Cloud9 membuat antara comeback paling ikonik dalam CS:GO. Mereka bakal menghadapi kesusahan apabila perlu berlawan dengan Faze Clan.

Cloud9 kalah pada awalnya semasa pertandingan Boston Major ini.

Namun, mereka berjaya comeback dengan mengejar dua kali Overtime.

3. Kemenangan OG di TI 8 – OG vs LGD (Dota 2)

LGD masa ini sudah mendahului OG dengan 2-1 dan juga mendapat Match Point. Namun semasa pusingan ke-4 LGD sudah nampak seperti bakal memenangi segalanya.

Namun Ceb, dengan heronya Axe menggunakan skill Berserker’s Call berjaya melawan semula dan menghancurkan barisan LGD.

Satu kemenangan ini membuat OG berjaya merampas dan menyamakan kedudukan 2-2. OG seterusnya memenangi pusingan ke-5 dan menjadi pemenang TI 8.

4. Comeback EG berlawan Mega Creeps – EG vs Ehome (Dota 2 TI6)

Ehome pada perlawanan pertama ini menghancurkan semua Barracks dan EG terpaksa berlawan dengan Mega Creeps.

Ketika ini TI tiada lagi pasukan yang pernah membuat comeback untuk berlawan dengan Mega Creeps.

Satu demi satu ahli pasukan Ehome membuat kesilapan dan EG berjaya menangkap mereka tanpa war yang besar.

Walapun comeback ini tidak lah cantik namun kemenangan ini masih menjadi antara perlawanan yang masih diingati ramai.

Setakat ini sahaja antara comeback paling hebat dalam dunia e-sukan.

Apa lagi comeback yang anda ingat dalam e-sukan?

RELATED NEWS

+