Pudge karakter MOBA pertama di dunia dengan 1 bilion perlawanan dimainkan

Pudge antara karakter paling diingati ramai dalam Dota 2.

Hero ini menjadi hero pertama genre MOBA dimainkan melebihi 1 bilion perlawanan dengan kadar penggunaan sebanyak 33.03% menurut Dotabuff.

Pudge mempunyai lebih 300 juta perlawanan dari hero nombor dua paling kerap dipilih iaitu Phantom Asassin dengan 700 juta perlawanan.

Hero ini adalah inpirasi daripada karakter Diablo 1 iaitu Butcher dan sudah muncul dalam permainan ini selama wujudnya Dota.

Pudge terkenal dengan skill hook yang menarik pemain ke arahnya.

Sudah semestinya Pudge juga menempah nama di The Internationals dengan Fountain Hook.

Legasi Pudge Hook ini juga membuat banyak MOBA atau permainan lain memasukkan elemen kuasa Hook untuk menarik musuh.

Hero seperti Roadhog dari Overwatch, Blitzcrank dalam League of Legends, dan sudah semestinya hero yang terkenal dalam Mobile Legends: Bang Bang iaitu Franco yang juga mempunyai hook.

Walaupun hero ini adalah popular tetapi Pudge tidak mempunyai peratusan kemenangan yang baik.

Berapa banyak agaknya jumlah perlawanan hero dalam MOBA yang lain?

RELATED NEWS

+