5 Misclicks paling tragis dalam e-sukan, punca kalah

Cuba bayangkan anda sedang berlawan di dalam perlawanan profesional e-sukan. Apa yang perlu anda buat adalah tidak salah klik.

Tetapi pemain-pemain ini tersalah klik (misclick) dan apa yang lebih menyedihkan kesilapan yang mereka memberi impak besar kepada pasukan mereka sendiri.

Bak kata pepatah mujur tidak boleh diraih, malang tidak boleh ditolak.

Jom kita tengok tragedi misclick di dalam dunia e-sukan.

1. Salah tekan hero, Alliance vs Royal Never Give Up (Tournament International 9 – Dota 2)

INsaNiA dari Alliance sepatutnya hanya perlu ban Gyrocopter tetapi akibat misclick beliau tertekan dan memilih Gyrocopter.

Alliance cuba untuk menggunakan lineup pasukan yang mereka tidak pernah guna namun tidak menjadi.

Lebih malang Alliance pula kalah perlawanan itu semasa berlawan Royal Never Give up.

Misclick ini boleh dikatakan Alliance terlepas peluang untuk menang TI.

2. kyxY deny Aegis. Orange vs Na’Vi (Internationals Tournament 3 – Dota 2)

Apa yang patut kyxY buat cuma mengambil Aegis dari Roshan dan menang permainan itu.

Tampak mudah namun kyxY tersalah klik dan deny Aegis yang sepatutnya menjadi kemenangan mereka.

Na’Vi pula mengambil kesempatan ini dan terus memenangi perlawanan di antara Orange itu dengan membuat comeback.

3. Summit tertekan butang W. (Splyce vs CLG – CS:GO)

Summit adalah pemain CS:GO yang hebat.

Namun semasa berlawan dengan CLG, Splyce sudah berjaya mengalahkan kesemua pemain CLG yang tinggal dan hanya perlu diffuse bom.

Tetapi Summit terlupa dan membiarkan dirinya menekan ‘W’ bergerak ke hadapan dan masuk ke dalam api, membunuh dirinya sekaligus membuat CLG memenangi pusingan itu.

4. Sockshka tersalah stun. (Quantic vs RSnake – Dota 2 The International 3)

Sockshka adalah pemain Quantic yang menggunakan Sven.

Apa yang dia perlu buat hanya stun dua hero dan terus memenangi war yang bakal berlaku.

Tetapi beliau tersalah klik dan sebaliknya stun Boar Beasmaster pihak musuh dan terus kalah war itu. Sockshka kini digelar Boar Destroyer.

5. Wildturtle tersalah Ulti (Dignitas vs TSM – NA LCS 2014 – League of Legends)

Wildturtle terkenal dengan permainan Lucian di dalam League of Legends dan juga antara pemain ADC terbaik ketika itu.

Namun, pada tahun NA LCS 2014, Wildturtle hanya perlu menyerang Nexus dan menang tetapi akibat panik beliau tersalah klik menggunakan ulti Lucian Culling pada masa Nexus 1 ke 2 hit sahaja lagi untuk pecah.

Sejak itu Wildturtle juga terkenal dengan beberapa lagi fail apabila menggunakan Lucian.

Setakat ini sahaja beberapa misclicks yang terkenal dan masih membuat anda teringat mengenai kesilapan mereka.

Apa lagi misclick yang terkenal dari e-sukan yang anda ingat?

RELATED NEWS

+