Sejak keluarnya Monster Hunter, permainan video aksi RPG semakin menjadi kegilaan peminat-peminat.
Namun terdapat satu subgenre yang sentiasa dikaitkan dengan Monster Hunter; iaitu membunuh raksasa untuk mendapatkan senjata dan perisai baru yang lebih kuat.
Ada yang mempunyai insentif sama seperti mencari loot dan ada yang cuba mengubah elemen sendiri untuk menjadi lebih unik dan original dari Monster Hunter.
Contoh seperti Destiny 2 yang lebih kepada grind untuk mendapat gear yang terbaik tetapi di angkasa lepas.
Mari kita lihat 5 permainan video terbaik macam Monster Hunter:
1. Dauntless
Dauntless pada awal-awalnya dianggap versi free-to-play Monster Hunter.
Walaupun begitu, Dauntless berjaya membuktikan mereka adalah bukan klon sebaliknya mempunyai keunikan sendiri. Dauntless memberi fokus kepada bos-bos besar yang dipanggil Behemoths.
Permainan ini mempunyai tujuh senjata untuk dipilih termasuk 35 jenis Behemoths variasi mereka sendiri. Menariknya, ia juga mempunyai cara permainan yang pantas dan sistem berlawan yang sangat memuaskan hati.
2. Toukiden 2
Toukiden 2 adalah versi Monster Hunter dari Koei Tecmo. Toukiden menggunakan fantasi sejarah di Jepun pada zaman dahulu apabila anda perlu berlawan dengan Oni (Iblis).
Variasi dari Toukiden 2 juga menunjukkan gabungan diantara Yokai (hantu) dari Jepun dan rekaan raksasa moden. Toukiden kali ini mempunyai gimik “Demon Hand” yang juga salah satu peralatan baru untuk berlawan dengan Oni.
Musuh (Oni) boleh menjadi susah atau senang mengikut jenis-jenisnya tersendiri.
3. God Eater 3
God Eater 3 dari Bandai Namco ini boleh dikatakan lawan terbesar untuk Monster Hunter dari Capcom.
Ia juga mempunyai fokus terhadap penceritaannya sendiri. Anda juga boleh memilih pelbagai jenis senjata dan setiap senjata itu boleh bertukar menjadi pistol.
Menariknya, God Eater 3 juga mempunyai sistem pertolongan dari NPC untuk membantu anda berlawan dengan raksasa di dalam God Eater yang dipanggil Ashborn dan Aragami.
4. Code Vein
Code Vein mengambil inspirasi dari anime dan menambah elemen “Soulslike”. Code Vein mempunyai 25 jenis kelas yang boleh dikatakan unik mengikut jenis masing-masing.
Anda juga perlu menggunakan beberapa jenis senjata yang menjadi pilihan anda sendiri. Code Vein juga mempunyai AI untuk membantu anda berlawan dengan raksasa.
Dalam permainan ini, anda menggunakan lapan skill serentak untuk berlawan. Sistem berlawan Code Vein juga menjadi tarikan untuk orang mencuba.
5. Remnant: From The Ashes
Remnant: From The Ashes mempunyai visi mengenai dunia pasca kiamat yang begitu baik dengan raksasa yang pelik dan sentiasa menjadi masalah untuk anda.
Keseronokan mengalahkan bos yang susah dan juga akan membuat anda berasa seperti bermain Dark Souls.
Remnant berjaya mempunyai sistemnya sendiri yang menarik untuk belajar dan beberapa kombo yang boleh menukarkan terus cara permainan anda.
Setakat ini sahaja 5 permainan video terbaik macam Monster Hunter. Apa lagi permainan video yang seakan-akan Monster Hunter yang anda sudah cuba?