Monster Hunter adalah salah satu permainan yang bukan dikenali oleh orang ramai. Hal ini berubah setelah pelancaran Monster Hunter World yang adalah antara permainan terbaik dari Capcom. Dilancarkan pada Januari 2018, permainan ini kini mencapai tonggak pencapaian terbaru pada tahun ini.
Monster Hunter: World sudah mencapai 20 juta unit yang terjual. Angka ini merangkumi Monster Hunter World: Iceborne Master Edition, menurut Capcom. Mereka meletakkan kejayaan permainan ini kepada beberapa faktor, termasuk pelancaran serentak pertama di seluruh dunia pada Januari 2018. Ini membantu pelancaran Monster Hunter World dengan cermerlang.
Sebagai konteks, penjualan Monster Hunter World dalam tempoh tiga tahun melebihi penjualan gabungan semua permainan dalam siri Monster Hunter sebelum pelancaran World.
Monster Hunter: World menjadi permainan terlaris Capcom sepanjang masa dalam tempoh sebulan selepas dilancarkan. Dalam tiga setengah tahun sejak itu, penjualan Monster Hunter World didorong oleh promosi Capcom dan peluncuran pengembangannya, Monster Hunter World: Iceborne.
Sebagai perbandingan, Monster Hunter Rise yang eksklusif kepada pelantar Nintendo Switch sudah menjual 7.5 juta unit pada 24 September.
Permainan ini menuju ke PC melalui Steam pada 13 Januari 2022. Monster Hunter Rise: Sunbreak adalah pengembangan yang besar untuk Rise yang akan tiba pada musim panas 2022.