60 Juta Pengguna PC Gemar Menggunakan Controller Xbox 360 & PS4

Selalunya kita menganggap PC gaming lebih fokus terhadap penggunaan mouse dan keyboard.

Namun, kajian dari Steam membuktikan kebanyakkan pengguna PC memilih untuk bermain game PC menggunakan controller konsol seperti Xbox One, Xbox 360, PS4, PS3 dan sebagainya.

Sejak Steam melancarkan update Steam Input yang mana pemain menggunakan controller untuk bermain game yang memahami kombinasi input controller berkenaan, statistik menunjukkan lebih daripada 30 juta pengguna Steam menggunakan controller dan separuh daripada mereka menggunakan lebih daripada satu controller.

Mengikut gambar di atas, lebih 40 juta pemilik akaun Steam gemar menggunakan controller Xbox 360 dan Xbox One berbanding controller PS3 dan PS4 yang mencatatkan kira-kira 16 juta pengguna.

Jurang besar antara controller Xbox dan PlayStation mungkin kerana kedua-dua controller PS4 dan PS3 memerlukan perisian luar untuk install ke dalam PC.

Paling menarik adalah controller Nintendo Switch Pro yang baru diperkenalkan pada bulan Mei ini juga banyak digunakan dalam pengguna Steam yang terletak di tangga nombor 7 dalam senarai penggunaan controller di Steam.

Steam Controller juga tidak kurang hebatnya walaupun jauh ketinggalan berbanding controller konsol lain tetapi 1.3 juta pengguna Steam dapat menggunakan Steam Controller untuk 1,000 game kerana rata-rata game ini mempunyai kawalan penuh di platform Steam.

Dalam erti kata lain, banyak game boleh dimainkan sepenuhnya menggunakan Steam Controller di PC.

Laporan statistik penggunaan controller di Steam juga sejajar dengan berita Xbox One akhirnya beri sokongan mouse dan keyboard di konsol itu sebulan dari sekarang. Antara game terawal pemain boleh main menggunakan mouse dan keyboard adalah Warframe melalui program Xbox Insider.

Untuk mengetahui game Xbox One mana bakal dapat sokongan mouse dan keyboard, nantikan liputan daripada kami!

Sumber: Engadget

RELATED NEWS

+