Nisha kini bersama Team Liquid

Bekas pemain bintang Team Secret iaitu Michal “Nisha” Jankowski kini bersama Team Liquid untuk musim DPC yang seterusnya.

Pengumuman itu dibuat oleh Team Liquid melalui pautan video di akaun rasmi Youtube mereka.

Di dalam video itu, Nisha menjelaskan dia ingin mencuba bermain di dalam pasukan yang baru.

“Saya meninggalkan Team Secret kerana saya ingin mencuba sesuatu yang baru. Walaupun kami menukar tiga orang sepanjang musim itu tetapi ia masih tidak mencukupi.

“Saya rasa saya akan lebih selesa bersama Team Liquid. Mungkin saya akan lebih bersinar,” akhirinya.

Terdahulu, Team Secret melepaskan Nisha dan mengambil pemain dari Czechia iaitu Boom.

Foto dan sumber: Team Liquid

RELATED NEWS

+